Umum mengetahui bagaimana cara penjual aiskrim Turki melayani pelanggannya dengan melakukan pelbagai helah.
Bukan hanya untuk memancing emosi pembeli, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana.
Berbeza dengan seorang penjual aiskrim Turki ini yang menggunakan muzik dan menari ketika melayan pelanggannya.
Sewaktu menerima pelanggan yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU), lelaki ini tidak menggunakan helah yang sama seperti kebiasaannya.
Sebaliknya dia melayani pelanggannya itu dengan ceria. Dia juga menyuap aiskrim itu ke mulut pelanggannya. Malah mencium tangannya dengan lembut.
Melihat mulut pelanggannya kotor, dia segera mengambil tisu dan membersihkan mulutnya.
Video itu dimuat naik ke media sosial dan netizen memuji kebaikan penjual aiskrim berkenaan.
Sumber: Cilgin Dondurmaci
from The Reporter https://ift.tt/36GRvUL
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33qLKZ5
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment