loading...

Sunday, 4 October 2020

'Saya koyak bibir, suami dada sakit, mujur anak dalam car seat selamat'

Awal tahun 2020, kerajaan telah mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan bayi atau car seat yang umum tahu tujuannya untuk keselamatan kanak-kanak berikutan banyak berlaku kes anak kecil tercampak dan maut akibat kemalangan. 


Dalam satu kejadian yang berlaku baru-baru ini, seorang wanita bernama Afiqa berkongsi mengenai pengalamannya yang terbabit dalam kemalangan yang ketika itu dia bersama suami dan anaknya dalam perjalanan ke destinasi. 


"Saya baru sahaja lepas kemalangan, kereta berpusing, tayar tercabut, depan kereta remuk. Saya koyak biri dan kaki, suami pula dadanya sakit dan bengkak sebab terkena airbag. 


"Alhamdulillah Allah selamatkan anak saya yang sewaktu itu duduk dalam car seat. 


"Sewaktu kereta berpusing, saya sempat berpusing melihat anak dalam car seat. Memang dia duduk dengan baik, tidak bergerak dan cuma dia terpusing-pusing kepala macam hairan. 


"Anak saya langsung tidak mengalami apa-apa kecederaan. Selepas keluar, boleh lagi ketawa-ketawa, main-main ye. Bertuah punya anak. Alhamdulillah ya Allah, yang penting anak selamat," katanya. 


"Ibu ibu, bapa-apa, usahakanlah car seat untuk anak. Saya tak dapat bayangkan kalau saya pangku anak di depan pada masa kejadian itu. Nauzubillahminzalik," katanya yang turut meminta orang ramai menyebarkan pengalamannya itu agar golongan ibu bapa menyediakan car seat untuk anak-anak mereka.



from The Reporter https://ift.tt/33vhVGX
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Gh4mCg
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...