Mayat seorang mangsa kemalangan dilaporkan hancur akibat digilis kenderaan yang tidak menyedari mayat mangsa di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Gopeng, awal pagi tadi.
Jam 3.54 pagi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng menerima panggilan mengenai kejadian itu lalu bergegas ke lokasi kejadian, Kilometer 295 arah Selatan.
Sebaik tiba di lokasi, mereka mendapati mayat mangsa dalam keadaan berkecai digilis oleh kenderaan.
Anggota bomba mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk mengutip cebisan mayat mangsa yang tamat pada 6.36 pagi tadi.
Menurut sumber, kejadian berlaku pada jam 3.35 pagi Jumaat (16/10/2020) di mana kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal jenis Demak Evo yang ditunggang seorang lelaki berusia 40 tahun.
"Mangsa yang menunggang motosikal itu telah terbabas sendiri tanpa melanggar apa-apa objek, lalu terjatuh di atas jalan raya dan digilis sebuah kenderaan yang menggunakan lebuh raya itu.
"Mangsa maut di tempat kejadian dan diseret sejauh lebih kurang 200 meter dari tempat kejadian.
"Motosikal yang ditunggang mangsa ditemui lebih kurang 1,000 meter dari tempat kejadian," kata sumber.
Semakan awal mendapati, motosikal tersebut merupakan kenderaan yang dicuri dan pemiliknya telah membuat laporan polis pada Khamis (15/10/2020) di Alor Janggus.
Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Berita Harian, Facebook
from The Reporter https://ift.tt/2T1aYHC
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/379CMl9
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment