loading...

Friday, 16 October 2020

Mangsa maut digilis juga merupakan suspek kes pecah rumah

Lelaki yang maut dalam kemalangan dan mayatnya digilis kenderaan di Lebuhraya PLUS Kilometer 295.9 arah selatan awal pagi tadi telah dikenal pasti. 


Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, mangsa berusia 40 tahun itu juga adalah suspek kes pecah rumah di Alor Setar dan Kuala Kedah baru-baru ini. 


Siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal Demak Evo terbabas sendiri sebelum terjatuh di atas jalan lalu digilis kereta Perodua Myvi dan kenderaan lain. 


Mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian dan mayatnya diseret kira-kira 200 meter, manakala motosikalnya ditemui di lorong kecemasan lebih kurang 1,000 meter dari tempat kejadian. 


Semakan juga mendapati, motosikal yang ditunggang mangsa merupakan motosikal yang dicuri di Alor Janggus, Kedah dan pemiliknya telah membuat laporan polis pada 15 Oktober 2020. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 


Sumber: Astro Awani


LAPORAN BERKAITAN



from The Reporter https://ift.tt/3lVbsv0
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/37b8Fda
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...