loading...

Monday, 13 January 2020

'Sebab itu jangan kesian dengan peragut' - Disebabkan peragut, bayi berusia 8 bulan ini kehilangan ibunya


Seorang wanita yang juga ibu kepada bayi berusia 8 bulan, dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan selepas diragut. 

Menurut laman Facebook Penang Kini, mangsa, Nur Farahdila Zulkifli Amin, diragut pada 23 November 2019 di Seberang Jaya. Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya ketika itu adalah kritikal.

Bagaimanapun, semalam, mangsa menghembuskan nafas terakhir. 

Berdasarkan maklumat dari keluarga mangsa, Nur Farahdila patah tiga tulang di bahagian leher, pecah bibir dan mengalami bengkak jari kanan serta koma sepanjang tempoh dirawat di hospital berkenaan. 

Sementara di media sosial, netizen mengucapkan takziah dan mengajak orang ramai sedekah bacaan surah Al-Fatihah kepada arwah.

Sumber: Penang Kini


from The Reporter https://ift.tt/2QQs2Qb
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/36SMVjc
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...