loading...

Thursday, 9 January 2020

Bayi lahir bermula 1 Jan 2020, layak terima suntikan vaksin pneumococcal percuma, Jun depan


Bayi yang lahir bermula 1 Jan tahun ini layak menerima suntikan vaksin pneumococcal secara percuma, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih dalam proses perolehan vaksin berkenaan untuk diedarkan ke semua klinik dan hospital dan suntikan itu dijangka dilaksanakan mulai Jun depan.

"Sebanyak RM60 juta diperuntukkan untuk program vaksin pneumococcal ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Okt lepas mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM30.6 bilion kepada KKM dengan RM60 juta daripadanya sebagai permulaan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua kanak-kanak.

Sumber: Bernama


from The Reporter https://ift.tt/2QB0w99
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/308jEyr
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...