loading...

Friday 5 July 2019

'Serah tengkuk sendiri' - Calon temuduga Konstabel Polis ditahan kerana positif ganja


Seorang calon temuduga jawatan Konstabel Polis Siri 2/2019 ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kerana didapati positif dadah. 

Suspek yang berusia 21 disahkan positif dadah jenis ganja selepas melalui ujian saringan air kencing. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, kes itu merupakan kes pertama yang membabitkan calon pengambilan jawatan konstabel di Sabah didapati positif ganja. 

Beliau menegaskan, mana-mana calon atau individu yang mahu menghadiri temuduga perjawatan dalam polis perlu bebas dari dadah. 

Calon yang hadir tidak akan terlepas daripada menjalani ujian saringan air kencing bagi memastikan kesemua calon bersih dari penyalahgunaan dadah. 

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3 (1) Akta Pemulihan Dadah dan Rawatan 1983. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2Jp3UiB
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2JqSv1M
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...