Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan di telinganya yang bengkak dan berdarah akibat dipakaikan anting-anting.
Ibunya, Sri Patmawati Sariman, cuba membuka anting-anting tetapi mangsa enggan membenarkannya berbuat demikian kerana ia akan menyebabkan kesakitan yang tak tertanggung.
Tiada pilihan lain, Puan Sri Patmawati terpaksa membawa anaknya ke hospital dan doktor berjaya membuka anting-anting itu.
THROWBACK last night. Malam tadi hantar juga Mea Marissa ke hospital sebab telinga bengkak dan berdarah sebab pakai anting-anting.
Seharian pujuk dia untuk bonda bukakan anting-anting itu tetapi dia tidak mahu. Kemudian selepas maghrib, minta tolong jiran untuk pegangkan Mea. Bonda tak boleh nak cabut anting-anting itu seorang diri (suami tiada di rumah, pergi belajar). Tetapi tak menjadi juga.
Pilihan terakhir, terpaksa juga bawa Mea pergi ke hospital.
Di hospital, Mea meraung kuat semasa rawatan. Pertama, dia memang takut dengan strangers. Kedua, bonda tinggalkan dia dengan doktor dan sudah tentu dia kesakitan sebab memang telinga dah berdarah-darah.
I'm so sorry baby. Budak kecil macam ini memang tak sesuai pakai anting-anting. Bonda yang excited nak pakaikan Mea anting-anting ini sebab ini hasil bonda jual pasta. I'm sorry baby.
At last, Alhamdulillah doktor berjaya membuka anting-anting itu. Alhamdulillah. Lesson learned. No earing for this little girl anymore.
Sumber: Sri Patmawati Sariman
from The Reporter https://ift.tt/32cgt9N
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Xt5ObL
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment