loading...

Monday, 29 July 2019

'Maafkan saya, minta rujuk segala pertanyaan kepada pengurus' - Syafie Naswip enggan komen dakwaan belasah bekas tunang


Berang dengan bekas tunang meminta dia memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya, pelakon lelaki membelasah wanita itu pada 26 Jun lalu, ditahan polis. 

Ketua Polis Serdang, Asisten Komisionr Ismadi berkata, pelakon lelaki berusia 27 tahun itu datang ke rumah bekas tunangnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan pada jam 9 pagi pada hari kejadian. 

Mangsa yang juga merupakan pelakon mendakwa dia dipaksa masuk ke dalam kereta sebelum suspek terus memakinya. 

Pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang meminta suspek untuk tidak meneruskan hubungan songsang itu dengan kenalannya. 

Bengang dengan permintaan itu, suspek mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata serta menumbuk mulut mangsa sehingga berdarah. 

Mangsa ada mengambil gambar tetapi dipadamkan suspek secara senyap selain diugut oleh suspek. 

Mangsa dirujuk ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun tiada kesan kecederaan kerana kejadian itu sudah lama berlaku. 

Malam 28 Julai, suspek datang menyerah diri dan terus ditahan sebelum mengaku memukul mangsa. Namun suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil. 

Sementara itu, pelakon Syafie Naswip tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan media dan meminta media merujuk kepada pengurusnya. 

Apabila media cuba mendapatkan komen dari pengurus kepada Syafie, Badrul Hashim hanya memberi jawapan yang ringkas. 

"Setakat ini, tidak ada apa yang perlu diperkatakan," katanya. 


Dalam ketika isu membabitkan pelakon berkenaan, poster telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi pula dimuat naik di Instagram Prokuya Studios. 

Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi memaparkan kisah kehidupan golongan LGBT di pusat tahfiz.

Jelas pelakon dan penerbit Fadzil Zahari, dia bukan sengaja memuat naik poster tersebut untuk menangguk di air keruh, tetapi ia telah dijadualkan terlebih dahulu untuk dimuat naik hari ini. 

"Saya hanya tahu Syafie putus tunang dan tidak menyangka pula ada isu lain yang timbul. Malah poster yang dimuat naik hari ini adalah secara kebetulan sahaja. 

"Saya bersama pasukan memang tidak ada niat lain alah jauh sekali bertujuan untuk mengambil kesempatan atas apa yang menimpa Syafie sekarang. 

"Itu memang rekaan asal poster, bukannya baru dibuat untuk tujuan strategi atau mensensasikan isu yang berlaku," katanya. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2Gy0hGo
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2SLHlsM
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...