loading...

Sunday, 21 July 2019

Kantoi curang, suami potong kemaluan kekasih isterinya


Berang perhubungan dikhianati, seorang lelaki menyerbu masuk ke rumah jirannya sebelum mengacu pistol pada kekasih isterinya dan mengikat mangsa lalu memotong zakarnya, kemudian dibawa lari. 

Dalam kejadian yang berlaku di Florida, suspek, Alex Cesar Bonilla, 49, memotong zakar mangsa dengan gunting selepas memecah masuk ke rumah mangsa, Tomas Martinez-Gomez, 32. 

Mangsa segera menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan dan polis tiba di rumah mangsa tidak beberapa lama kemudian. 

Menurut Gomez, Bonilla memecah masuk ke rumah dan mengancam untuk membunuhnya sekiranya dia melawan. Suspek membawa mangsa ke bilik tidur sebelum diikat dan dipotong kemaluannya. 

Ketika kejadian, dua kanak-kanak turut berada ddi dalam rumah tersebut. 

Suspek berjaya ditahan di tempat kerjanya dan ditahan di penjara kerana gagal membayar ikat jamin AS$1.25 juta (RM5.13 juta). 

Siasatan awal mendapati, suspek berbuat demikian selepas mengetahui isterinya melakukan hubungan intim dengan mangsa beberapa minggu lalu. 

Mangsa masih berada di hospital dan pulih dari kecederaan, tetapi tidak diketahui apa yang berlaku terhadap kemaluannya. 



from The Reporter https://ift.tt/2Svm1b2
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/32JJxFA
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...