Seorang wanita kehilangan 2.8 liter darah selepas terlibat dalam kemalangan yang tidak diingini ketika bermain Gelongsor Air di Spain.
Mangsa, Toni Steedman, 25, bermain gelongsor air di Taman Tema Air Aqualand di Costa Adeje, Tenerife, tetapi gelongsornya yang terlalu curam menyebabkan air termasuk ke dalam badannya melalui vagina lalu mengoyakkan uterusnya sepanjang tujuh sentimeter.
Toni berkata, kakitangan di taman tema air itu tidak memaklumkan kepadanya mengenai arahan keselamatan sebelum bermain gelongsor itu.
"Mereka tak cakap apa-apa kepada saya sebelum saya main gelongsor itu, kalau tak, ia mungkin boleh mengelakkan saya daripada cedera.
"Life guards di atas tak ada menyuruh saya meletakkan tangan di dada atau merapatkan kaki.
"Saya mengelongsor dengan begitu laju dan apabila tiba di penghujung gelongsor, saya rasa ada sesuatu masuk ke dalam badan. Saya bangun dan terasa perlu pergi ke tandas.
"Baru saja nak melangkah, darah dah mengalir keluar membasahi kaki.
"Pengunjung lain segera mendapatkan doktor, sementara ada yang meminta saya baring dan membuka kaki agar dia dapat melihat apa yang berlaku. Banyak darah keluar dari bahagian kemaluan saya dan dia meminta saya menutup semula kaki," katanya.
Difahamkan, Toni dan suaminya, Adam, 32, berkunjung ke taman tema air itu sempena sambutan ulangtahun kelahirannya.
Mangsa dibawa ke hospital dan doktor sedaya upaya menghentikan pendarahan dari rahimnya. Mangsa diberi tiga pemindahan darah sebelum dirujuk ke hospital besar di Tenerife utara dan diberi epidural untuk menjalani pembedahan dan menjahit semula luka yang dialaminya.
Toni bernasib baik kerana kecederaannya itu dapat dirawat dan masih mampu untuk hamil.
Sumber: The Sun
from The Reporter https://ift.tt/2SAvyNL
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Y1DWMt
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment