Litar Antarabangsa Sepang merupakan sebuah litar yang digunakan untuk perlumbaan sukan permotoran seperti Formula 1, Grand Prix Motorsikal, Grand Prix A1 dan banyak lagi. Litar ini telah dirasmikan oleh Tun Mahathir pada 07 Mac 1999 dan perlumbaan Formula 1 yang pertama pada 20 April 1999.
Melihat kepada sukan permotoran ini menambat hati anak muda khusunya, satu cadangan diberikan oleh seorang pengguna Twitter. Beliau berpendapat lebih meriah jika Formula 1 diadakan di Putrajaya. Melihat kepada infrastruktur dan lokasi serta pemadangan, beliau merasakan sukan permotoran ini diadakan di Putrajaya. Rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan ini.
Sebelum ini, Perlumbaan kereta Formula Elektrik FIA telah berlangsung pada 22 November 2014 di Putrajaya.
SEKIRANYA Tun ingin mengadakan kembali Formula One, ia tidak sepatutnya diadakan di Sepang.
Litar Sepang terlalu jauh, dan jika anda bukan VIP, tempat letak kereta menjadi masalah kerana lokasi yang berdekatan hutan dan berlumpur. Jauh, jem, panas, pengalaman yang melelahkan.
Apa yang boleh dilakukan jika kita mengubahnya menjadi perlumbaan bandar: Putrajaya.
Pilihan utama pastinya di Kuala Lumpur, dengan pemandangan KLCC yang indah, gaya curvy KL dan sudut gaya yang pelbagai akan menjadi perlumbaaan yang menghiburkan. Ditambah pula dengan kemenangan pasukan Mercedes Petronas membuatkan perlumbaan bertambah hebat. Tetapi minggu persediaan untuk penubuhan litar perlumbaan akan menyebabkan lalu lintas KL sesak.
Alternatifnya? Perlumbaan malam di Putrajaya. Peluang yang sempurna untuk mempamerkan pusat pentadbiran negara.
Penyediaan persiapan litar di sini tidak akan menyebabkan trafik harian sesak seperti di KL. Berdasarkan peta, dapat dilihat kebanyakan jalan adalah lurus dan membelok. Saya telah menandakan satu litar yang mungkin di bawah.
It looks simple but drivers get 7 diff turns: 2 long straights, 1 short. There'll be 1 hairpin, fast speed esse's, a long chicane as well as a two sharp narrow turns...A lot more entertaining than the Singapore race. pic.twitter.com/8ljg3W78vA— Shamil Norshidi (@s_norshidi) July 14, 2019
Ia kelihatan mudah tetapi pemandu mendapat 7 perbezaan jalan: 2 jalan lurus yang panjang, 1 pendek. Akan ada hairpin (selekoh berbentuk U) kelajuan cepat esse, chicane (selekoh litar berbentuk S) panjang serta dua selekoh tajam. Lebih menghiburkan daripada perlumbaan di Singapura.
Perlumbaan ini juga menyediakan sudut pemandangan yang cantik dan menarik. Pemandu akan menyeberangi dua jambatan ikonik Putrajaya, Seri Wawasan dan Jambatan Seri Saujana dan pada waktu malam kedua-dua jambatan ini sangat menyerlah dan mempesonakan.
Daripada menganjurkannya di Sepang dan berharap rakyat Malaysia dapat menonton, lebih baik membawa perlumbaan itu dekat kepada rakyat. Putrajaya sangat mudah untuk meletak kenderaan dan berulang alik. Ada stesen Putrajaya Sentral, lebuh raya MEX, banyak hotel, berhampiran dengan KLIA, dan 40 minit dari KL.
MotoGP risikonya berbahaya. Indonesia dan Thailand kedua-duanya sudah membina litar mereka sendiri, bermakna kehadiran Sepang MotoGP mungkin merosot.
F1 mempunyai masa depan. Ramai orang Malaysia berminat dan bersemangat. Kita hanya perlu memikirkan tontonan secara langsung yang lebih mudah.
Itu saja saya nak cerita. Jika anda tersandung pada tweet ini mana tau boleh jadi. Hanya boleh bermimpi.
Juga semoga berjaya Selasa ini di parlimen!
Sumber: Shamil Norshidi
from The Reporter https://ift.tt/2lcYNcP
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2lKbKLJ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment