Majlis meraikan kehadiran ahli keluarga baru (bayi) mengikut tradisi kaum Cina bertukar menjadi tragedi apabila berlaku kejadian yang tidak sepatutnya berlaku.
Dalam kejadian di Beijing, China, bayi lelaki yang baru berusia beberapa bulan meninggal dunia kerana diberi minum alkohol oleh datuknya.
Menurut laporan Sin Chew Daily, ramai rakan dan saudara mara datang memeriahkan majlis tersebut untuk meraikan kehadiran bayi berkenaan pada 12 Julai lalu. Kebanyakan tetamu mengambil minuman keras dan minu sehingga mabuk.
Dalam masa yang sama, mangsa didukung oleh datuknya sambil diperkenalkan kepada saudara maranya sehingga salah seorang dari mereka bergurau, mencadangkan warga emas itu memberi mangsa minum seteguk arak.
"Datuknya tak dapat minum kalau baby tu tak minum," seloroh mereka.
Malangnya, lelaki warga emas itu mengambil serius terhadap gurauan tersebut dan memberi mangsa yang baru berusia satu bulan itu minum arak demi menjaga air mukanya.
Ibu mangsa dengan marah mengambil anaknya dari bapa mertuanya dan mangsa menangis dengan mulutnya yang dipenuhi alkohol.
Selepas 30 minit kemudian, mangsa didapati tidak bernafas. Bimbang dengan keadaan itu, si ibu terus membawa anaknya ke hospital.
Namun sudah terlambat, doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia selepas beberapa jam diberikan rawatan. Doktor menjelaskan mangsa meninggal dunia kerana alergik alkohol dan dia turut memarahi perbuatan datuk mangsa yang tidak bertanggungjawab.
"Bayi tak boleh minum alkohol! Macam mana kau boleh anggap benda ini sebagai gurauan?!"
Si ibu menampar muka bapa mertuanya beberapa kali selepas mendengar penjelasan doktor meskipun tahu bahawa tindakannya itu tidak akan mengembalikan mangsa.
Lebih menyedihkan, selama ini ibu mangsa dilayan dengan begitu teruk oleh keluarga mertuanya kerana belum mendapat zuriat dalam tempoh tiga tahun.
Dia menyangka segala-galanya akan berubah selepas dia disahkan mengandung anak lelaki.
Sumber: Sin Chew Daily, World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2JHFlO5
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2jZnLMA
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment