loading...

Tuesday 16 July 2019

Bapa serah anaknya kepada polis, kerana disyaki terlibat dalam video kes buli


Susulan viral video kes buli seorang pelajar sekolah menengah, polis sedang melakukan siasatan berhubung insiden tersebut. 

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, kejadian itu berlaku pada 8 Julai lalu di mana mangsa dibuli, ditumbuk dan ditendang sekumpulan lima pelajar. 

"Video mengenai kejadian buli berkenaan tular dalam media sosial sejak malam tadi. Mangsa dipercayai ditumbuk dan ditendang sekumpulan lima remaja termasuk seorang pelajar sekolah menengah di Miri, pada 8 Julai lalu," katanya. 

Menurut beliau, bapa kepada salah seorang suspek bertindak menyerahkan anaknya yang disyaki terbabit dalam kes itu selepas dimaklumkan oleh anaknya berhubung video viral tersebut. 

"Bapa mangsa membuat laporan polis selepas dimaklumkan oleh anaknya berhubung video tular dalam WhatsApp yang menyaksikan mangsa sedang dibuli," katanya. 

Difahamkan, mangsa takut membuat laporan polis kerana telah diugut oleh lima suspek terbabit. 

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/2xV8QX3
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2JAXBKn
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...