Dalam kejadian yang tidak diketahui lokasinya, lekaki terbabit yang dipercayai pemilik kedai pakaian itu berang dengan tindakan ahli keluarga bekas pekerjanya yang datang menyerbu premisnya berhubung soal bayaran gaji.
Berdasarkan video itu, si ibu terdahulu menuntut lelaki terbabit membayar gaji yang sepatut anak perempuannya dapat sebelum dibuang kerja. Dalam masa yang sama si ibu turut menegur cara lelaki itu menguruskan pekerjanya.
Berang dengan 'bebelan' itu, lelaki terbabit terus memarahi mereka dan mencampakkan wang gaji yang dipinta ke atas lantai sebelum meminta bekas pekerjanya mengambil duit itu.
Tetapi ditegah oleh ahli keluarga gadis berkenaan dan menuntut lelaki itu memberi wang gaji itu dengan cara baik.
Dalam keadaan yang terpaksa, lelaki itu mengambil semula wang yang dicampak dan diserahkan ke tangan bekas pekerjanya dengan cara yang kasar.
Di penghujung video, lelaki itu beredar ke dalam dan enggan terus melayani karenah keluarga bekas pekerjanya itu.
Sementara itu di media sosial, netizen kebingungan dan tidak memahami mengapa kejadian ini perlu diviralkan. Malah netizen tidak memihak kepada mana-mana pihak kerana tiada keperluan untuk mereka bertikam lidah sehingga memalukan diri sendiri.
Sumber: Oiii Jaga Jaga
from The Reporter https://ift.tt/2LYZIZV
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2xUgAsp
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment