Peguam kepada Sultan Kelantan yang menceraikan ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Veovodina, mempersoalkan apakah Sultan Kelantan merupakan bapa kandung kepada bayi berkenaan.
Koh Tien Hua yang mewakili Sultan Muhammad V berkata kepada Straits Times, "Tiada bukti objektif yang menunjukkan baginda adalah ayah biologi kepada bayi berkenaan."
Namun semalam, Rihana memuat gambar dirinya bersama bayi dengan kapsyen "proud Malaysian blood flows in his vein".
Menurut Koh, pasangan itu bercerai mengikut undang-undang Islam pada bulan Jun lalu dengan talak tiga di hadapan saksi.
Rihana dimaklumkan mengenai perceraian itu pada 22 Jun melalui peguamnya dan sijil perceraian juga telah diserahkan kepadanya.
Tetapi Rihana menegaskan dia tidak mengetahui perkara itu minggu lalu.
"Saya berada di Rusia bersama dengan anak saya. Kami tidak berada di Singapura pada bulan Jun untuk sebarang prosiding perceraian. Kami tak pernah bercerai," katanya.
Pasangan itu berkahwin pada 7 Jun 2018 di mana ketika itu Sultan Muhammad V adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Gambar majlis perkahwinan yang diadakan di Moscow pada November 2018 tersebar sehingga diketahui pihak media.
Menurut sebuah laporan portal berita luar, Rihana pernah menyertai sebuah program realiti di mana dia dirakam melakukan hubungan intim dengan seorang peserta lelaki di kolam renang.
Pada Januari 2019, Sultan Muhammad V membuat keputusan melepaskan takhta secara mengejut.
Pada 6 Julai, Rihana memuat naik gambarnya dengan suami dan bayi. Namun pada 9 Jun, Rihana memuat naik kapsyen yang tidak diketahui motifnya.
"The man who really loves his woman will do everything for his beloved one. Love and taking care is the base for strong and healthy relationship.
"A good husband will always support and be nice with his wife. Always is interested how does she feel and takes care of her, if she is tired. Always 100% keeps his promises. Always takes responsibility for the family and doesn't put this responsibility on his wife's shoulders.
"During pregnancy he would give his wife increased attention, gifts and care. Relationships are based on how can people support and understand each other.
"Family is the result of the work of two people who can give love gratuitously."
Sumber: Daily Mail, Straits Times
from The Reporter https://ift.tt/2SwxTcI
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2YhldLX
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment