loading...

Wednesday 17 July 2019

Berang kena bebel, suami hentam muka isteri dengan dumbbell sampai tak dapat makan & minum


Seorang wanita terpaksa menanggung kecederaan kekal selepas wajahnya dipukul suami dengan menggunakan dumbbell kerana berang dibebel oleh mangsa. 

Kehidupan Aimee Dixon musnah selepas dia disahkan mengalami kecederaan teruk di bahagian muka. 

Mangsa yang berusia 37 tahun terpaksa pasrah dengan nasib yang menimpanya di mana setiap hari dia mengalami kesukaran untuk makan dan minum. 

Sehingga kini, mangsa masih menerima rawatan susulan di hospital, lapan bulan selepas kejadian yang menakutkan itu. 

Si suami, Andrew Dixon, 35, tergamak menyerang isterinya sendiri kerana menyangka mangsa sedang membebel menyuruh dia makan ubat. 

Andrew didakwa di mahkamah atas pertuduhan cubaan membunuh isterinya pada 18 November lalu. Namun dia disahkan mengalami masalah gangguan mental dan tidak dapat hadir ke mahkamah serta memberi arahan kepada peguamnya.

Pihak pendakwa raya mendakwa Andrew berkemungkinan menggunakan dumbbell atau batang besi untuk menyerang mangsa sekurang-kurangnya tiga kali di bahagian muka dan kepala ketika kejadian itu. 

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala termasuk retak dan lebam serta pendarahan di bahagian otak. 

Kejadian itu juga menyebabkan mangsa masalah fizikal dan emosi termasuk menjejaskan pertuturannya. 

Pendakwa Raya Geraldine Kelly berkata, "Aimee Dixon masih berada di hospital, dia mengalami kecederaan otak dan tidak akan mampu hidup secara normal. 

"Meskipun dia beransur pulih, tetapi dia mengalami kesukaran untuk bercakap, minum dan menelan serta beberapa lagi perkara lain yang memerlukan bantuan untuk bergerak," katanya. 

Sementara itu, Andrew didapati menghidap paranoid schizophrenia dan dipindahkan ke Penjara Doncaster pada 20 Mei lalu. 

Doktor berkata, Andrew memerlukan rawatan dan pemulihan. Selain itu dia terlalu berisiko untuk dibiarkan berada di tempat awam. 

Sumber: Mirror


from The Reporter https://ift.tt/2YUYeDy
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2XV4k5x
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...