loading...

Thursday, 18 July 2019

Suspek kes buli lari sampai ke Tenom, berjaya diberkas


Suspek kes buli, Kenny Wong, yang membelasah seorang pelajar sekolah menengah baru-baru ini di Miri telah berjaya diberkas hari ini.

Menurut sumber dari netizen, suspek berjaya diberkas di Tenom, Sabah, selepas beberapa hari melarikan diri setelah mengetahui video kes buli itu tersebar di media sosial. 

Difahamkan, suspek akan dibawa pulang ke Miri setelah selesai proses dokumentasi, untuk tindakan lanjut. 




The Reporter sebelum ini melaporkan seorang remaja dibelasah lima lelaki tanpa sebarang belas kasihan meskipun mangsa merayu agar mereka tidak berbuat demikian. 

Semalam, ibu saudara mangsa mendedahkan mangsa dibelasah hanya kerana menolak ajakan dua rakannya untuk ponteng sekolah sebelum dibawa ke sebuah lokasi dan dibelasah. 

Mangsa dan keluarganya masih trauma dengan kejadian itu.

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/2xTesS0
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2XMOzTe
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...