loading...

Tuesday, 16 July 2019

HTAR nafi bayi ditinggalkan sebatang kara


Hospital Tengku Ampuan Rahimah hari ini mengeluarkan siaran media  maklum balas kenyataan akhbar di media sosial berkenaan bayi ditinggalkan sebatang kara di hospital. 

Pihak hospital menyatakan dakwaan tersebut adalah tidak benar. Bayi tersebut kini berada dalam jagaan dan pemerhatian pihak HTAR. 

Pihak HTAR memandang serius isu ini dan menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu tersebut dan menyeru supaya berhenti menyebarkannya kepada orang lain. 

Waris atau pesakit juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di dalam wad termasuk larangan mengambil gambar serta tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul kepada orang lain termasuk di media sosial sehingga menjejaskan kerahsiaan (privacy) pesakit.

Sebelum ini, viral di media sosial gambar seorang bayi yang dikatakan telah ditinggalkan oleh ibu bapanya seorang diri di sebuah hospital. Ibu bayi berkenaan dikatakan mengalami masalah mental kerana tertekan dengan sikap suaminya yang curang. 

Susulan viral gambar tersebut, orang ramai berasa simpati dengan nasib bayi berkenaan dan ingin menghulurkan bantuan.


LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/32rUhIF
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2GfHMqi
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...