Kerajaan bakal melancarkan skim baharu bagi pembiayaan pemilikan perumahan yang dikenali sebagai 'Rent to own' atau 'Sewa untuk dimiliki', pada September ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, skim itu menyasarkan golongan berpendapatan RM3,000 mampu memiliki kediaman mampu milik.
Menurut Zuraida, golongan itu tidak perlu membayar deposit, terus membayar sewa dan selepas lima tahun kemudian, pihaknya akan menyemak status kewangan sama ada individu berkenaan layak membeli rumah atau sebaliknya.
"Ini ditawarkan kepada golongan berpendapatan bawah RM3,000 dan rumah berharga bawah RM300,000 dan menyasarkan orang muda yang mahu memiliki rumah pertama," katanya.
Tambah beliau, pihaknya serta beberapa pihak pemberi pinjaman termasuk institusi perbankan kini dalam proses akhir perbincangan berhubung pengenalan skim tersebut.
Dalam pada itu, pihak bank juga akan membuat keputusan sama ada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) layak untuk menerima pembiayaan rumah atau sebaliknya.
Ini kerana, penyenaraian peminjam PTPTN dalam CCRIS adalah dasar pukul rata yang tidak berdasarkan situasi sebenar pihak terbabit.
"Misalnya seseorang pekerja yang baharu keluar universiti, dia tiada pinjaman kerana belum beli kereta dan sebagainya. Bank boleh semak gaji mereka dengan tiada komitmen lain sebelum meluluskan pinjaman perumahan," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2JOdayf
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2K0XKFJ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment