loading...

Wednesday, 31 July 2019

Perut terkoyak ditarik seat belt selepas kereta berpusing 7 kali


Seorang pelajar perempuan mendedahkan bagaimana tali pinggang keledar membelah perutnya seperti pisau selepas dia terbabit dalam kemalangan jalan raya. 

Gina Arnold dari Michigan, hilang kawalan ketika memandu menyebabkan keretanya berpusing sebanyak tujuh kali sebelum menghentam sebatang pokok dalam kejadian Oktober 2017. 

Gina mendakwa, badannya hampir terputus dua ekoran tekanan dari tali pinggang keledar yang menariknya ke belakang sehingga menyebabkan perutnya terkoyak. 


Gadis berusia 22 tahun itu tidak begitu mengingati apa yang terjadi selepas itu dia disahkan koma serta terpaksa menghabiskan masa selama tiga bulan di hospital. 

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana masih hidup tetapi masih belum pulih sepenuhnya dan doktor memberi amaran yang dia tidak dapat melompat. 


"Mereka kata perutnya bagaikan dibelah dengan pisau oleh seat belt. Walaupun seat belt itu menyelamatkan nyawa saya, tetapi ia juga menyebabkan kecederaan dan mengoyakkan separuh bahagian perut saya. 

"Saya tak ingat apa yang berlaku, cuma ada yang beritahu cuaca ketika itu hujan, saya hilang kawalan lalu kemalangan. 


"Pemandu di belakang kata kereta saya berpusing tujuh kali sebelum menghentam sebatang pokok. Saya tak ingat apa-apa kerana koma selama tiga hari.

"Kedua-dua paru-paru saya 'jatuh' dan seluruh badan bengkak. Saya terpaksa menjalani pembedahan dan mereka terpaksa membuang sebahagian usus kecil," katanya. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/2ys1Ots
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2SU4tWf
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...