"Aku tak tahulah jenis manusia apa lelaki ini. Tolong cari lelaki ini sampai jumpa. Kesian sangat kat binatang tu. Buat gurauan bodoh macam ni. Tolong cari mamat ni," demikian tweet Ken.
Berdasarkan video yang dimuat naik di Instastory itu, lelaki terbabit mengarahkan monyet itu menyebut 'Baby Sayang' yang sebelum ini menjadi viral di media sosial selepas disebut oleh pelakon, Mira Filzah.
"Kalau kau tak cakap 'Baby sayang', aku tembak kau," katanya.
Bagaimanapun, haiwan yang tidak berdosa itu ditembak dengan pistol jenis Glock tepat di bahagian kepalanya selepas lelaki itu tamat membuat kiraan dari satu sampai tiga.
"Aaa lain kali cakap baby sayang. Dia tak nak cakap baby sayang." katanya.
Aku taktahu lah jenis manusia apa laki ni. Tolong cari laki ni sampai jumpa. Kesian sangat kat binatang tu. Buat gurauan bodoh macam ni. Tolong cari mamat ni. pic.twitter.com/M8E8Xpr9gh— ken (@mckensz) May 18, 2019
Sementara itu, netizen menyelar tindakan lelaki terbabit dan meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadapnya.
EH BODOHNYA KAU,KALAU UNTUK KAU BUKAN BABY TAPI BABI LA SIALLL! 🤬🤬🤬— Lisaaa (@nrlisaadz) May 18, 2019
Terkedu aku tengok. Ini bukan level bodoh, babi ni. Ni memang haihh keluar dri perut bumi— 𝙽𝚊𝚝𝚊𝚜𝚑𝚊 (@nurulnatashar) May 18, 2019
eeee geram nye aku... kau memang nak bunuh dia kan. dah tahu dia takleh cakap. 😭— 𝓓𝓲𝓵 (@Dielfizry) May 18, 2019
Tkde hati perut ginjal pankreas tiroid betul lah jejaka ni— Ynrsl (@Ynrsl1) May 18, 2019
Masalahnya yang hide nama dia nii apasall???!!! Batak acah nak baik tapi nak RT ke apa benda— MAF (@MAmirulFaris) May 18, 2019
Sumber: Ken
from The Reporter http://bit.ly/2LS2jXi
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Wg1CL4
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment