loading...

Thursday, 2 May 2019

Tertelan airpod ketika tidur


Seorang lelaki yang dikenali sebagai Xu, terkejut apabila dia tertelan airpod (fon telinga) secara tidak sengaja ketika tidur malam. 

Dalam kejadian yang berlaku pada 23 April lalu di Kaohsiung, Taiwan, Xu tertidur dan terlupa mengeluarkan airpod di kedua-dua belah telinganya. 

Apabila bangun pada keesokan paginya, Xu mendapati airpodnya hilang lalu mencarinya diserata tempat, namun gagal menemui fon telinga berkenaan. 

Tanpa membuang masa, Xu terus mencari airpod itu menggunakan 'Find My iPhone' app dan terdengar bunyi beep peranti tersebut tetapi tidak dapat menjangka arah bunyi peranti itu secara tepat. 

Selepas mendengar dengan teliti, dia mendapati bunyi itu datang dari dalam badannya dan terkejut apabila mendapati dirinya tertelan airpod ketika tidur. 

Xu tidak mengalami sebarang rasa kurang selesa. Risau dengan keadaan itu, Xu pergi berjumpa dengan doktor dan memaklumkan masalah tersebut. 


Doktor membuat imbasan x-ray dan mendapati terdapat airpod di dalam sistem pencernaannya. Doktor kemudian memberi julap kepada Xu dan memintanya memberi perhatian pada najisnya. 

Keesokan harinya, Xu berjaya mendapat semula airpodnya itu dari najisnya sendiri dan dibersihkan untuk digunakan semula serta ia berfungsi seperti biasa. 


Menurut doktor yang merawat Xu berkata, sepanjang kariernya sebagai doktor, kerap kali dia melihat bendasing masuk ke dalam badan pesakit. Tetapi ini kali pertama pesakitnya tertelan airpod yang berjaya dikeluarkan selepas dua hari kemudian. Sedangkan bateri peranti itu boleh menjejaskan ususnya. 



from The Reporter http://bit.ly/2WdywsF
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2GTw7wI
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...