Pemilik syarikat perniagaan perkhidmatan pengebumian di Taiwan, Lau, baru-baru ini berkongsi mengenai satu kes yang diuruskan, di Facebook, yang mungkin tidak akan dilupakannya, membuatkan ramai netizen yang mengalir air mata.
Menurut laporan China Press, kes itu melibatkan seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian di rumahnya.
Segalanya bermula apabila salah seorang jiran kepada wanita itu terhidu bau busuk yang sangat menyengat hidung, datang dari rumah wanita itu. Bimbang ada perkara buruk yang berlaku, si jiran itu segera menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Polis dan bomba datang ke tempat kejadian, lalu memecah masuk kediaman tersebut dan menemui mayat seorang wanita warga emas yang sudah meninggal dunia beberapa hari dalam keadaan mayatnya berulat.
Lau yang turut berada di tempat kejadian itu ternampak ada beberapa hidangan lauk di atas meja makan, yang menunjukkan mangsa seperti menunggu kehadiran seseorang untuk menyambut sesuatu.
Setelah identiti mangsa berjaya dikenalpasti, mereka terus menghubungi anak lelakinya yang kemudian bergegas datang ke rumah itu.
Setibanya di tempat kejadian, lelaki itu menangis kesedihan apabila mendapatinya ibunya menyediakan semua makanan itu untuk dia dan kini dia tidak lagi berpeluang makan bersama ibunya.
Menurut anak mangsa, dia bekerja di Singapura dan sebelum itu telah membuat perancangan pulang ke rumah sempena Hari Ibu. Malangnya, dia terpaksa bekerja pada hari tersebut dan tidak pulang menemui ibunya.
Tambahnya, ibu dia merupakan ibu tunggal yang membesarkan dia seorang diri selepas bercerai dengan bapanya.
Siasatan pihak berkuasa mendapati, mangsa mengalami serangan jantung ketika mandi selepas selesai menyedia hidangan istimewa itu untuk anaknya. Mayat mangsa hanya ditemui selepas empat hari kemudian.
Lau berkongsikan kisah yang menyedihkan itu di media sosial agar netizen tidak terlalu mementingkan kerja sehingga mengabaikan ibu bapa serta meluangkan masa dengan keluarga sementara mereka masih ada.
Sumber: China Press, World of Buzz
from The Reporter http://bit.ly/2w0de6j
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Jot5UQ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment