loading...

Wednesday, 15 May 2019

'Ina, kau nak try tak?' - Dari BFF ke jinjang pelamin, netizen menangis baca ending kisah pasangan ini


Adakalanya seseorang itu terlalu mengejar buah hatinya, tetapi tanpa menyedari jodoh sebenar ada di depan mata. Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh Hani Farisha mengenai ibu bapanya. Seronok baca, terasa kebahagiaannya di situ. Dari kawan, mereka menjadi suami isteri. 

Tak nak cerita panjang, nanti spoil pula kan. Korang bacalah sendiri dan hayatilah keindahan cinta sejati ini. Semoga bermanfaat. 

SAYA nak kongsi cerita mengenai ibu dan ayah. Ayah dan ibu berkahwin sejak mereka berusia 21 tahun. Ayah be like the most super cool boyfriend ever to ibu. 

Ibu pernah cerita, waktu sekolah dulu ramai suka dia sebab dia friendly. Orang ramai senang dengan dia dan ibu pun sangat cantik, kurus pula tu, memang cun habis. 

Ayah dan ibu pertama kali bertemu masa sekolah rendah, kalau tak silap. Ibu kelas depan dan ayah kelas belakang. Ibu ada seorang kawan baik, saya panggil dia Cik Sudin atau ibu panggil dia Begok. Sebenarnya ibu dan Begok adalah bersaudara dan sebab itulah mereka agak rapat.

Ibu kata, dia perasan ayah masa sekolah dulu tapi yelah kan, dia cakap kenal je tetapi tak pernah bersembang. 

Dipendekkan cerita, ibu masuk ke sekolah pelajar perempuan, manakala ayah masuk ke SMK Mahkota yang dulu sekolah untuk budak-budak nakal. 

Seperkara mengenai ayah, dia tidak pernah nakal. Dia seorang pendiam, pemalu dan jarang bercakap. 

Cerita pasal pakcik Begok, dia selalu datang ke rumah ibu (rumah nenek) sebab nak lepak. Sehingga satu hari itu, Pakcik Begok datang bawah ayah ke rumah dan memperkenalkan ayah kepada ibu.

Rupa-rupanya ayah pada masa itu dah ada makwe. Ibu kata dia terkejut sebab makwe dia itu orang pandai-pandai. Ayah agak rapat dengan ibu sebab ayah selalu minta pendapat ibu mengenai girlfriend dia. Mereka bersembang melalui telefon hampir setiap malam. 

Ibu dulu jenis yang kasar tau, bukan jenis yang lembut. Dia kahau. Tetapi ibu juga ada boyfriend, tetapi tua. Ayah tak suka lelaki itu sampai sekarang dan begitu juga dengan saya (Hahaha). 

Satu hari itu, ayah kata pada ibu, "Ina, aku ajak awek aku keluar dating. Macam mana nak buat?" 

Ibu kata, "keluarlah. Apa lagi?" 

Kemudian ayah kata tak tahu nak buat apa. Lagipun ayah malu. Hahaha! comel je ayah masa dulu. 

Jadi, ayah dengan girlfriend, ibu dengan Begok keluar sekali. Diorang enjoy tengok wayang, makan aiskrim, sampailah waktu nak naik eskalator, ibu dan makwe ayah di depan dan ayah dengan Begok di belakang. 

Sekali ibu nak terjatuh, then ayah sambut. OMG! Ini bukan rekaan, ini betul. Ayah masih malu kalau ditanya pasal ni. Ibu buat macam normal sajalah. Bukannya apa pun. Habis dating. 

Selepas itu, ayah call ibu. Ayah kata dia nak meminang awek dia. Masa itu ibu macam, "Ha tunggu apa lagi, cepatlah." 

Anyway, memang girlfriend ayah suruh masuk meminang cepat dan ayah pun buat. Tetapi apabila ayah pergi ke rumah girlfriend dia, sedih bila girlfriend kata dia masih belum bersedia lagi sebab nak sambung study dulu. 

Alahai. Ayah kemudian beritahu ibu mengenai apa yang berlaku. Ibu marah sangat-sangat sebab ayah penat berusaha, sekali itu pula jawab dia (GF ayah). 

Kemudian ayah tanya ibu:

"Ina, kau nak try tak?"

"Try apa?" 

"Alah, aku, kau, kita try" 

Hahaha! Nampak kelakar tetapi ibu kata 'YES!'. Sebab ibu pun dah ada boyfriend.

Bermula dari hari itu, ayah selalu datang ke rumah ibu setiap hari bawa makanan tengah hari. Ibu macam, "Seriouslah mamat ni? Pleaselah! Tolonglah". 

Saban hari berlaku, ayah datang untuk hantar lauk. Ibu pun masih tak berhenti OTP dengan ayah. Masa itu, ayah dah habis belajar dan sudah bekerja. 

Satu hari, ibu marah dan merajuk dengan ayah. Tak ingat apa puncanya tetapi ayah pada hari itu tak datang macam biasa. Ibu macam, "Pergi mampus sama kau". 

Tiba-tiba juga hari itu hujan lebat teruk. Memang batang hidung ayah tak ada la. Sekali tiba-tiba ada motosikal buruk berhenti di depan rumah. Ada sekujur tubuh masuk sampai depan pintu. Cuba teka siapa? 

Ayah dengan tangannya yang berdarah sebab terlibat dalam kemalangan. Dia tinggalkan plastik yang didalamnya ada nasi dan lauk sebelum beredar. 

Dalam pada diorang bergaduh tak bercakap itu, tiba-tiba beberapa hari kemudian nenek kata, 

"Ina, kau ni dah jadi tunang orang". 

Ibu macam, "Siapa?" Dia ingatkan boyfriend dia dah masuk meminang tetapi kenapa tak beritahu? Sehinggalah malam itu, ayah call. Hehehehehe! 

Ibu tak bercakap tapi ayah mula bagi salam, "Assalamualaikum tunang". Ayah masuk meminang ibu!! Ibu masih merajuk tak nak bercakap. 

Sesudah itu, atok suruh ayah hantar ibu pergi kerja. Ehek, naik motosikal berdua. 

Ayah juga bawa ibu pergi dating tapi kena bawa adik dia sekali sebab atok yang suruh. Ayah selalu belikan aiskrim Baskin Robin praline flavour walaupun ayah orang susah berbanding ibu. Ayah nak buat ibu happy. 

Kemudian, malam sebelum mereka bakal mengikat pertalian sebagai suami isteri, ibu masi htak berubah dan masih kahau. Jadi, ayah kata pada ibu;

"Ina, kau tak nak tukar ke?" 

"Tukar apa?" 

"Ala, panggil aku abang, aku panggil kau sayang". 

Alahaiiii~ Kennot laaa.

Ibu dan ayah pun berkahwin. Ayah kerap bawa ibu melancong dan ibu pergi ke banyak tempat. Perkahwinan mereka dikurniakan enam orang anak dengan pendapatan ayah pula RM3,000 lebih sebulan.

Alhamdulillah, ayah ditugaskan di luar negara untuk kerja yang lebih bagus tetapi terpaksa berjauhan dengan ibu.

Ibu masih berjumpa dengan ayah contohnya bila hari raya, ayah pulang ke Malaysia. Walaupun ibu dan ayah berjauhan, setiap malam ibu call ayah, tanpa gagal. Ibu pun pergi menunaikan haji. 

Namun, pada 4 Oktober 2017, ibu berpisah dengan ayah buat selamanya. Ibu terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari kerja. 

Sekarang, tinggal ayah dan adik-beradik saya sahaja. Al-fatihah buat ibu saya, yang banyak berkorban mengurusan kami adik beradik sendirian. 

Sumber: Hani Farisha


from The Reporter http://bit.ly/2HrsKxr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2WHiZ4y
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...