loading...

Thursday, 2 May 2019

'Baliklah Nor Zamzatul Syafika, ayah tak tahu nak cari kamu di mana lagi'


Kehilangan seorang remaja perempuan sejak Selasa lalu membuatkan keluarganya bimbang dan terpaksa membuat laporan polis selain merayu kepada netizen untuk turut membantu mencari anak mereka. 

Mohd Zamri Tahak, 43, berkata, kali terakhir anaknya dilihat menaiki motosikal miliknya untuk pergi ke sekolah. Tetapi sehingga ke hari ini, Nor Zamzatul Syafika masih belum pulang ke rumah.  

"Sudah tiga hari tak balik rumah sejak hari Selasa 30 April 2019 menaiki motosikal Honda Wave 110 berwarna putih, nombor pendaftaran JMD 4182. 

"Katanya nak pergi ke sekolah tetapi masih belum pulang sehingga ke hari ini. Masih belum ada sebarang khabar berita," katanya. 

Menurut Mohd Zamri, mereka sekeluarga sudah buntu dan tidak tahu di mana lagi hendak mencari Nor Zamzatul dan remaja itu tidak pernah berbuat demikian sebelum ini. 

"Ayah buntu. Ayah tak tahu nak cari kamu di mana lagi. Ayah tak tahu apa punca kamu tak balik rumah. Kamu tak pernah melakukan perkara begini. 

"Dah tiga hari kamu tak balik dan tiada berita. Ayah dan ibu rindu kamu, sayang kamu. Baliklah Nor Zamzatul Syafika. Ayah, ibu, akak dan adik kamu tunggu kamu balik. 

"Ayah dah mohon pada Allah dan solat hajat berjemaah di masjid. Mohon kamu balik dengan selamat. Semoga Allah melindungi kamu dari kejahatan manusia, jin dan syaitan. Semoga kamu selamat. Kamu anak yang balik. Baliklah," ujarnya. 


Berdasarkan laporan polis yang dibuat Mohd Zamri di Balai Polis Taman Perling pada Selasa lalu, sebelum kejadian itu Mohd Zamri ada memarahi dan menasihati anaknya itu kerana pulang ke rumah pada waktu lewat malam. 

Justeru, Mohd Zamri merayu mana-mana individu atau pihak yang mempunyai maklumat mengenai anaknya tampil menghubunginya di talian 011-39770292.

Sumber: Peon JB


from The Reporter http://bit.ly/2ZNAMcd
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2UQuAwp
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...