loading...

Thursday 4 April 2019

(Video) 'Silap besar la block Myvi' - Wanita tekad langgar kereta halang laluannya


Sudah kerap diberi peringatan agar jangan sesekali meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menghalang laluan kenderaan lain. 

Dalam video viral baru-baru ini yang dirakam di depan sebuah pusat beli-belah di lokasi yang tidak dinyatakan, seorang wanita berang laluan keluar kenderaannya dihalang oleh sebuah kereta yang sengaja diletakkan di situ. 

Difahamkan, wanita yang memandu kereta Perodua Myvi itu telah menunggu pemilik kereta tersebut untuk tempoh yang lama tetapi masih tidak muncul menyebabkan dia berang lalu bertindak mengundurkan keretanya biarpun terpaksa bergesel dengan kereta tersebut. 

Berdasarkan nota yang ditinggalkannya di atas cermin depan kereta itu, dia mahu pulang segera ke rumahnya kerana anaknya sedang menunggu di rumah. 

Kejadian itu disaksikan beberapa orang awam yang ketawa dan sesekali bersorak melihat tindakan wanita itu. 








from The Reporter https://ift.tt/2IbyRba
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2TUKvtl
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...