Viral di media sosial gambar-gambar perkahwinan pasangan pengantin baharu yang mana pengantin lelaki berasal dari Guinea, Afrika, menarik perhatian netizen.
Difahamkan, Adama Camara menyambung pengajiannya di Malaysia namun tidak menyangka akan bertemu dengan jodohnya di negara ini.
Menurut sumber, pengantin perempuan, Afilah, berasal dari Jitra, Kedah, telah selamat dinikahkan dengan Adama pada Jumaat 26 April 2019.
Ramai netizen yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian berkekalan untuk pasangan pengantin baharu ini.
Namun begitu, ada individu yang menyalahgunakan media sosial dengan memuat naik komen-komen yang biadab dan tidak wajar.
Berang dengan kebiadaban golongan itu, netizen menyelar tindakan mereka yang tidak menghormati perasaan pengantin baharu.
Meskipun begitu, ada netizen yang memuji pengantin lelaki yang sudi mengikut adab dan budaya perkahwinan Melayu.
Sumber: Bangang Forever
from The Reporter http://bit.ly/2PwaMxe
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2IOS3g2
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment