loading...

Sunday, 28 April 2019

Ajal tinggalkan tunang, kereta terbabas langgar besi penghadang jalan


Seorang lelaki maut, manakala dua lagi cedera selepas kereta Proton Wira yang dinaiki mereka terbabas lalu melanggar besi penghadang jalan dalam kejadian jam 8.15 pagi tadi di Kilometer 349.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Bidor. 

Muhammad Azry Izwan Rohaizad, 22, tersepit dan parah di bahagian pemandu dilaporkan maut di lokasi kejadian. 

Dua lagi penumpang iaitu tunang mangsa, berusia 22 tahun dan seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti identitinya masing-masing cedera di kepala, namun dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan menghala ke Taiping, dari Kuala Lumpur. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.








Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://bit.ly/2GP5pGU
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2XKPbnQ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...