loading...

Friday 19 April 2019

Bayi 18 bulan maut selepas terjatuh ketika memanjat jeriji tingkap


Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh ketika memanjat jeriji tingkap di rumah pengasuhnya. 

Mangsa, Muhammad Aidil Amsyar Muhammad Hafizuddin, disahkan meninggal dunia pada jam 9:40 pagi Jumaat ketika sedang dirawat di Unit Kecemasan Hospital Kuala Kangsar. 

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, ibu mangsa, Noorsyaqinas Rosni, 25, sebelum itu menghantar anaknya ke rumah pengasuh terbabit pada jam 7:00 pagi dalam keadaan baik. 

Namun pada jam 9:00 pagi, ibu kepada pengasuh datang menemuinya dan memaklumkan mangsa berada di hospital. 

Noorsyaqinas kemudian bergegas ke hospital dan meminta penjelasan pengasuh yang memaklumkan bayinya terjatuh selepas memanjat jeriji tingkap dalam bilik. 

Ketika dihantar ke hospital, mangsa masih membuka mata tetapi tidak beberapa lama selepas itu, doktor memaklumkan mangsa meninggal dunia setelah diberi bantuan pernafasan dan dimasukkan bekalan oksigen selama satu jam bermula 8:40 pagi tetapi tiada tindak balas. 

Susulan kejadian itu, ibu mangsam embuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 

Siasatan awal mendapati, mangsa dijaga oleh pengasuh itu sejak awal bulan April pada hari bekerja sahaja. Ibu mangsa memaklumkan, tiada sebarang kesan kecederaan fizikal pada tubuh anaknya. 

"Ketika kejadian berlaku, pengasuh berusia 24 tahun itu bersama anaknya yang berusia setahun dan mangsa yang dijaganya. 

"Pengasuh menyedari mangsa tidak memberi reaksi dan dalam keadaan tidak sedar apabila dipanggil, terus bertindak membawa mangsa ke hospital," katanya. 

Pemeriksaan di tempat kejadian juga tidak menemui kesan jenayah. 

Bedah siasat yang dilakukan mendapati, mangsa meninggal dunia kerana masalah organ dalaman. 

"Jantung bayi juga kelihatan tidak normal kerana sdikit besar, tidak seperti kanak-kanak seusianya," katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://bit.ly/2Gm29Bk
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2VbIehN
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...