Seorang wanita berusia 20-an menuntut cerai dari suaminya kerana lelaki itu tidak membenarkan dia bermain permainan popular, PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG), lapor Gulf News.
Pengarah di Pusat Sosial, Kapten Wafa Khalil Al Hosani, berkata, pihaknya menerima satu kes yang luar biasa itu yang membabitkan permainan popular berkenaan.
"Seorang wanita Arab datang ke pusat ini, meminta bantuan selepas dia bergaduh dengan suaminya mengenai permainan itu.
"Wanita itu menuntut cerai kerana dia haknya untuk bermainan permainan itu dihalang, sedangkan dia selesa dan menggemari permainan itu.
"Dia juga menjelaskan, dia tidak mengaktifkan fungsi chat di mana dia akan terdedah kepada orang yang tidak dikenali dan hanya bermain dengan kenalan dan juga keluarganya," katanya.
Tambahnya lagi, suaminya takut dia akan ketagih dengan permainan itu yang mana akan menyebabkan dia mengabaikan tanggungjawabnya terhadap suami dan keluarga.
Si suami menegaskan dia bukan mahu menyekat kebebasan isteri tetapi mahu memastikan hubungan silaturrahim keluarganya terjaga.
Lelaki terbabit tidak menjangka hal itu akan menjadi serius sehingga isterinya menuntut perceraian.
from The Reporter http://bit.ly/2GUvCnA
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2IPSgzu
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment