Awal April ini, seorang pakar ophthalmologist dari Taiwan berkongsi satu kes yang melibatkan seorang pesakit kanak-kanak yang pernah dirawatnya. Kanak-kanak berkenaan berusia empat tahun tetapi disahkan mengalami rabun jauh.
Menurut pakar berkenaan, ibu bapa pesakit terlalu sibuk dengan kerja sehingga tidak begitu mempunyai masa untuk menjaga anak mereka. Oleh demikian, tanggungjawab itu diserahkan kepada datuk dan neneknya.
Seperti kebanyakan kanak-kanak lain, pesakit ini aktif dan memerlukan perhatian lebih dari datuk dan neneknya. Bagi memastikan dia duduk diam, dia telah diberi bermain telefon bimbit setiap hari selama mana yang dia mahukan. Akhirnya, kanak-kanak lelaki ini banyak menghabiskan masa bermain video games dan menonton video kesukaannya.
Satu hari, kanak-kanak ini pulang ke rumah dengan ibu bapanya dan mula mengadu pengelihatannya kabur. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, doktor mengesahkan dia mengalami rabun jauh, 650'.
Doktor itu memberi peringatan kepada ibu bapanya agar tidak membiarkan anak mereka memandang telefon bimbit dalam jarak yang sangat dekat.
Sumber: World of Buzz
from The Reporter http://bit.ly/2Dzj2be
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2VuVX3w
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment