loading...

Sunday, 28 April 2019

'Nak reject ni, customer tak cukup duit!' - Ibu dua anak hanya tunduk bila dimalukan oleh cashier kedai Eco


Apabila sebut sahaja kedai Eco, mula terbayang pelbagai aneka barangan yang dijual dengan harga RM2. Kedengaran sahaja RM2, tetapi yang dibawa pulang bukan setakat berpuluh-puluh, tetapi kadangkala beratus-ratus. Ini situasi bagi yang berkemampuan membelinya. Bagi yang tidak berkemampuan, nilai RM2 itu cukup bernilai dan kerana RM2 juga ada yang menahan malu.

Kisah yang dikongsikan oleh wanita ini menyentuh hati netizen. Seorang ibu muda dikatakan menahan malu apabila wang yang dibawa tidak mencukupi ketika membayar di kaunter pembayaran. Tidak cukup dengan itu, pekerja di kedai itu menunjukkan tindakan yang kurang hormat kepada pelanggan.

AL KISAH di kedai Eco tadi. Beli beberapa barang sambil layan anak-anak beli barang mereka. Sewaktu di kaunter pembayaran, orang pun tak berapa ramai. Tak beratur sampai sejam, kira tak ramai la kan.

Ada seorang ibu lingkungan 30-an dengan dua orang anak di hadapan saya. Seorang mungkin umur setahun lebih, didukung. Seorang lingkungan 6 tahun sedang menanti semua barang mereka di scan.

Apabila jumlah keseluruhan muncul, angka perlu dibayar adalah RM29.++. Si ibu tadi nampak sedikit gelabah mencari-cari lagi duit jika ada di dalam tas. Dengan wajah serba salah, si ibu terus bertanya pada adik cashier yang pada saya berumur awal 20-an atau belasan tahun baru habis sekolah.

Ibu: "Adik, minta maaf. Boleh tak kalau cancel biskut ni. Saya tak cukup duit," ucap ibu ini dalam keadaan serba salah dan agak malu.

Cashier: "Tak boleh kak. Kita dah scan."

Ibu: "Oh. Saya betul-betul tak cukup duit ni," kata lagi ibu muda ini sambil menunjukkan duit dalam tangannya.

Saya sempat menjeling. Genap RM27.00. Maknanya si ibu ni kurang cuma RM2. Oh saya pun boleh tolong bayar. Tapi belum sempat saya menyampuk, adik cashier tadi terus memanggil kawannya di kaunter cashier depan.

Cashier: "Akak! Boleh tolong tak. Ni!" sambil tunjuk arah mesin scan, panggilan adik itu agak kuat. 

Cashier kaunter hadapan itu yang tengah kalut scan barang pun terus menyoal, "Kenapa?"

Cashier: "Bukan saya double scan. Customer tak cukup duit!" jawabnya agak keras, sebal agaknya.

Si ibu sebelah saya menunduk. Malu!

Cashier tadi melaung seorang lagi staff lelaki (supervisor mungkin) 

Cashier: "Nak reject ni. Customer tak cukup duit!"

Ibu muda tadi dah merah muka. Tunduk. Saya yang berdiri di sebelah dah menyirap.

Saya: "Tak apa dik, biar saya bayar," ucap saya sambil keluarkan dompet.

Ibu: "Eh tak payah,"  pantas dia gelengkan kepala sambil memandang saya.

Cashier: "Tak apalah kak." 

Oh rupanya supervisor lelaki yang dia panggil tadi sangat pantas sampai di kaunter. Terus dia masukkan kod, terus urusan cancel barangan tadi selesai. 

Saya: "Oh, boleh je cancel rupanya," maaf agak sinis ayat saya.

Ibu muda tadi hulurkan duit, angkat barang dan terus keluar. Anak kecil dalam dukungan menangis mahukan biskut yang dah dicancel tadi. Tapi si ibu berjalan terus tak menoleh lagi.

Kemudian sampai giliran barang saya discan. Adik cashier tadi mula scan satu persatu. Tapi wajahnya sedikit masam. Hm... It's ok. Saya pun ambil langkah diam. Tiba-tiba...

Cashier: "Saya memang boleh cancel barang tadi kak. Tapi bila terlalu banyak saya cancel dalam sistem, nanti saya yang kena."

Saya: "Iya, memang betul dik. Tapi dalam kes tadi mungkin awak kena lebihkan empathy. Orang tu cakap dia tak cukup duit kot adik. Tak boleh ke awak sensetif sikit situasi dia?"

Customer lelaki belakang saya: "Berapa ringgit dia tak cukup?"

Saya: "2 ringgit je encik."

Customer lelaki belakang saya: "Oloh. Dia tak kira ke duit dia sebelum mari sini?"

Saya: "Anak ambil la tu kot encik." 

Customer lelaki belakang saya: "Oh Salah dia la macam tu."

Eh. Berdesing pula rasanya bercakap dengan orang buta perut ini.

Saya: "Bukan isu salah sesiapa encik. Orang tu tak cukup duit. Tolonglah simpati dan sensitif situasi dia. Dia minta cancel je kot. Maruah dik. Fikirlah maruah orang tu sikit. Ni awak cakap kuat-kuat, nak cancel dia ni tak cukup duit. 2 kali awak cakap. Kuat pulak tu. Maruah orang tu dik. Kalau duit dia cukup takdenya dia nak cancel. Kena ingat dik, orang takde duit ni, sensitif dia lain macam." 

Saya bercakap sambil memandang tepat ke muka cashier tu, dengan pantas saya ambil baki duit dan tinggalkan cashier dan encik customer belakang saya terkulat-kulat di kaunter.

Saudara-saudari sekalian, benda boleh cancel, kenapa nak halang? Saya tak kisah kalau customer yang nak cancel sesuka hati sebab gedik nak pilih barang hijau atau biru kemudian reject salah satu lepas scan. Ini boleh kita bo layan.

Tetapi, kalau yang datang tu menunduk dengan muka serba-salah minta cancel barang yang dia ambil dengan alasan duit tak cukup, TOLONGLAH bantu dia. Bantu cancelkan barang tersebut.

Saya percaya ibu tadi betul-betul tak cukup duit. Seorang ibu takkan tinggalkan barang makanan di kaunter bayaran hingga anaknya menangis-nangis kerana mahukan makanan itu tanpa sebab. Seorang ibu takkan lakukan itu jika dia masih punya duit!

Saya mengerti jika adik cashier tadi kurang empati dan sensetif. Dari riak muka, adik ini masih muda. Mungkin baru masuk ke alam kerja. Belum mengerti sepak terajang dunia DEWASA. Belum pernah ada pengalaman rasa tiada duit, dihina bagai tiada maruah dalam keadaan perut lapar. Adik mungkin belum pernah rasa.

Jika tulisan ini sampai kepada adik, harap fikirkan semula. Semoga akak tadi jadi customer terakhir dalam hidup adik yang jatuh air muka di tangan adik di kaunter pembayaran.

Saya? Don't worry. Saya bukan pejuang kata-kata bodoh 'customers is always right'. Saya juga bekerja berhadapan secara langsung dengan masyarakat. Saya tahu tahap kebodohan yang kadang kita terpaksa hadap. Tapi, saya selalu tidak berkompromi untuk menghajar orang yang tidak sensitif dan kurang ajar. Maaf.



from The Reporter http://bit.ly/2IXzdCJ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2vrsqZT
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...