Kemunculan penyanyi muda ini pastinya dinantikan oleh ramai peminat-peminatnya. Popular dengan lagu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino kini menjadi siulan netizen bukan kerana persembahan atau lagu-lagu terbarunya tetapi kerana sekeping tiket jualan.
Berdasarkan tiket tersebut yang dimuatnaik oleh Kota Belud Info, tertera tiket VVIP berselfie bersama Aiman Tino yang diadakan di Padang Pekan Kota Belud sempena Pesta Lampu Kota Belud.
Sememangnya kehadiran Aiman Tino dinantikan oleh para peminatnya di sana. Tetapi, apabila tersebarnya tiket berkenaan mereka mula mengecam tindakan ini dan berasa hairan mengapa dikenakan caj bayaran jika mahu berswafoto bersama Aiman.
Ada yang mengatakan perkara ini datangnya dari pihak penganjur. Tetapi, setakat ini tiada pengesahan atau pengakuan yang dibuat.
Rata-rata netizen mempersoalkan individu yang bernama Aiman Tino di dalam industri sedangkan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza tidak pernah mengenakan caj untuk bergambar dengannya.
Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro, Aiman menafikan dakwaan itu dan berkata apa yang berlaku adalah salah faham sahaja.
"Saya sendiri pun tak tahu mengenai promosi itu yang tular di media sosial. Dari situ, saya nampak berlaku salah faham.
"Penganjur sepatutnya menggunakan perkataan sesi beramah mesra atau 'meet and greet' kerana ia lebih sesuai.
"Lagi pula saya sendiri pun tidak pernah mengenakan bayaran setiap kali ada peminat yang ingin bergambar dengan saya selama ini," katanya.
Dalam pada itu, Aiman tidak menolak kemungkinan penganjur mahu mengehadkan jumlah peminat yang ingin bergambar atas dasar keselamatan dirinya.
from The Reporter http://bit.ly/2J6H2Wv
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2V6KpUA
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment