Seorang awak-awak bot nelayan warga Myanmar menggantung dirinya kerana kecewa dengan isterinya berkahwin dengan lelaki lain.
Dalam kejadian di tepi sungai Kompleks Perikanan Tok Bali di Pasir Puteh, lelaki berusia 29 tahun itu ditemui mati tergantung pada pokok oleh orang awam kira-kira jam 1 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, sebelum kejadian itu adik kepada mangsa yang berusia 20-an memaklumkan mangsa sempat meluahkan perasaan dan kekecewaannya mengenai masalah rumah tangga.
"Adik mangsa memaklumkan, mangsa tidak dapat menerima berita isterinya yang berada di Myanmar sudah berkahwin lain dan berita itu dipercayai menjadi punca mnagsa membunuh diri.
"Berdasarkan mayat mangsa, kami percaya mangsa mati pagi hari ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Difahamkan, dua beradik itu bekerja di Pelabuhan Tok Bali sejak beberapa tahun lalu sebagai nelayan. Mereka tinggal di dalam bot kapal dan hanya singgah di pelabuhan bagi kerja menangkap dan menaikkan ikan.
from The Reporter http://bit.ly/2GKbK5a
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2J4TG8I
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment