Begitu juga, netizen turut tersentuh dengan video yang dimuatnaik oleh pemuda ini ketika sambutan kelahiran. Video tersebut menujukkan ibunya sedang menyuapkan makanan kepadanya serta adik beradik yang lain diiringi dengan lagu Ayah dan Ibu.
Jelas pemuda ini menerusi status di Facebook, dia memuatnaik video-video berkenaan bukan bertujuan untuk menunjuk tetapi untuk berkongsi kenikmatan ketika berkumpul bersama keluarga. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengembalikan kenangan semasa kecil dahulu.
ALHAMDULILAH terima kasih pada semua adik beradik yang sudi balik. Video ini saya share bukanlah hanya untuk menunjuk. Tetapi just nak share betapa nikmatnya jika dapat berkumpul macam ni. Dan juga kita teringat masa kecil-kecil dahulu tangan mak ayah lah yang suapkan kita. Apa salahnya sudah lama kita tak rasa macam tu.
Minta maaf kepada semua adik-beradik kerana mengganggu masa korang. Lagi satu kepada semua rakan-rakan Facebook saya dan juga mengingati diri saya sendiri bahawa mak ayah kita tiada ganti. Adik beradik juga tiada ganti.
Terima kasih pada abang DJ kita yang terbaik DDakzam kerana sudi sama-sama menjayakan benda ni. Alhamdulillah syukur kepada Allah masih diberikan nafas kepada mak ayah kami dan juga adik-beradik. InsyaAllah selepas ini kita akan jaga silatulrahim kita sampai bila-bila. Amin Ya Allah. Terima kasih semua yang hadir.
Video-video yang dimuat naik juga sekadar memberikan peringatan kepada semua bahawa ibu bapa, adik-beradik, keluarga adalah individu yang tiada galang ganti. Hargai mereka semasa hayat mereka masih ada. Bila tiada, hanya kenangan yang terpahat di ingatan.
Sumber: Kanda Aiem
from The Reporter http://bit.ly/2DPSOS3
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Y1NwdR
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment