loading...

Sunday, 21 April 2019

137 terkorban dalam 7 letupan di gereja & hotel Sri Lanka


Kira-kira 137 mangsa terkorban dan ratusan lagi mengalami kecederaan dalam letupan yang berlaku di beberapa buah gereja dan hotel di Sri Lanka, menurut sumber polis dan hospital. 

Sekurang-kurangnya tujuh kejadian letupan dilaporkan. Tiga gereja di Negombo, Batticaloa dan Daerah Colombo Kochchikade telah menjadi sasaran ketika penganut kristian sedang melakukan sembahyang bersempena Hari Easter. 

Hotel Shangri-La, Kingsbury, Cinnamon grand dan empat buah lagi hotel di Colombo juga menjadi sasaran. 

Gereja St. Sebastian mengalami kemusnahan teruk. Berdasarkan gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan silingnya hancur dan darah di merata-rata tempat. Sekurang-kurangnya 67 mangsa terkorban di lokasi itu. 




Selain itu, terdapat mangsa yang terkorban di letupan pertama yang berlaku di Gereja St. Anthony, yang sangat popular di Kochchikade. 

Sumber hospital memaklumkan, seramai 27 orang terkorban di lokasi itu dan sembilan daripadanya merupakan warganegara asing. 

Sementara itu, seorang individu dilaporkan terkorban dalam letupan di restoran Hotel Cinnamon Grand, berdekatan dengan kediaman rasmi perdana menteri. 

Letupan yang ketujuh pula berlaku di sebuah hotel berdekatan dengan zoo di Dehiwala, selatan Colombo yang meragut dua nyawa. 

Pihak berkuasa turut mendapat maklumat berkemungkinan akan berlaku satu lagi letupan di Dematagoda tetapi belum dapat disahkan. 







Ekoran kejadian itu, ramai orang awam datang ke Pusat Darah Kebangsaan, untuk mendermakan darah mereka bagi membantu mangsa-mangsa yang cedera. 

"Semua orang datang ke sini dengan satu niat iaitu mahu membantu mangsa letupan tanpa mengira bangsa dan agama," kata salah seorang penduduk di Colombo. 

Pihak berkuasa kini menasihatkan orang awam bertenang dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan. 

Sumber: BBC


from The Reporter http://bit.ly/2IyAFfc
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2GysrSa
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...