Semalam, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan enggan mengulas mengenai tindakannya menceraikan Ain Afini yang sedang hamil, demi bersama seorang ibu tunggal yang kini menjadi bualan hangat di media sosial.
Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25, berkata kepada media semalam, dia hanya akan mengeluarkan penjelasan sepenuhnya pada 24 April ini.
Namun Abu memuat naik kenyataannya melalui Instagram sebelum dipadamkan setelah disiarkan selama sejam.
"Saya PU ABU memohon maaf di atas kesalahan saya menceraikan isteri saya ketika mengandung dan saya amat menyesali atas ketelanjarun saya lakukan.
"Saya meminta maaf kepada bekas isteri saya @ainafini dan keluarga kerana berlaku sikap tidak adil terhadap mereka. Moga saya mendapat balasan setimpal dengan apa yang saya lakukan.
"Saya berharap para netizen berhenti mengecam pihak yang tidak terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Saya akan berbincang dengan pihak bekas isteri saya untuk hal yang selanjutnya.
"Saya memohon maaf atas apa yang telah saya lakukan. Doakan agar semuanya dipermudahkan dan dapat diselesaikan dengan cara baik. Terima kasih," tulisnya.
Sementara itu dalam laporan mStar Online hari ini, Abu berkata, apa yang didedahkan oleh bekas isterinya itu bukan cerita sepenuhnya. Hanya sebahagian sahaja.
Abu juga kecewa, Ain memilih jalan untuk mendedahkan kepada umum sehingga membuka aib keluarga.
"Itu bukan cerita penuh. Saya cuma boleh cakap cerita bekas isteri saya tu bukan cerita sepenuhnya. Ia hanya sebahagian.
"Kalau bekas isteri sayangkan saya, dia tak buat saya macam ni. Isu saya, bekas isteri dan Hana adalah isu lama," katanya.
Sumber: IG Cian Mokhtar, mStar Online
LAPORAN BERKAITAN:
from The Reporter http://bit.ly/2KUquDY
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2IHRDat
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment