loading...

Thursday, 25 April 2019

Sultan Brunei laksana hukum hudud diserang banyak pihak, tiada negara Islam yang pertahankan


Setelah beberapa tahun ditangguhkan, negara Brunei akhirnya melaksanakan hukum hudud termasuk hukuman rejam terhadap penzina dan pelaku hubungan seks gay. Hukum hudud yang dilaksanakan itu menjadikan Brunei negara Asia Tenggara pertama melaksanakan undang-undang syariah.

Pelaksanaan undang-undang tersebut juga telah dibidas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tidak cukup dengan itu, beberapa tokoh politik serta selebriti dunia menggesa semua rangkaian hotel yang dimiliki oleh Sultan Hassanal Bolkiah diboikot. 

Walau dibidas dan dikecam segenap penjuru, Sultan Brunei tetap teguh dengan pendiriannya. Di saat baginda Sultan mempertahankan agama, kita masih lagi menyanjungi selebriti negara Barat yang memboikot tindakan ini. Menyokong bukan hanya pada suara, tetapi biar sejajar dengan tindakan!

Walaubagaimanapun, rakyat dari pelbagai kaum dan agama rata-rata menyokong pelaksanaan hukum hudud yang dilaksanakan oleh negara Brunei dan menyelar tindakan PBB bertindak demikian.

MATINYA PERSAUDARAAN ISLAM 

DYMM Sultan Brunei nampaknya keseorangan diserang dari segenap sudut apabila baginda mengisytiharkan hukum syariah kepada penzina, perogol dan puak LGBT.

Artis-artis kafir seperti George Clooney dan rakan-rakan sealirannya telah melancarkan kempen memboikot hotel-hotel milik Brunei di negara penyokong teroris tegar USA dan UK.

Institusi-institusi pengajian tinggi yang sepatutnya lebih cerdik juga telah mula menarik balik gelaran-gelaran kehormat yang dianugerahkan kepada baginda Sultan Brunei. SU Agung PBB juga ikut menekan baginda Sultan kononnya atas dasar hak asasi manusia. 

Anehnya PBB hanya berdiam diri apabila entiti haram teroris Israel mengebom tanpa henti umat Palestin. Jelaslah bagi PBB hak asasi manusia bermaksud hak untuk melakukan hubungan seks tanpa nikah dan hubungan sejenis. Hak rakyat Palestin untuk hidup aman bukanlah hak asasi mengikut kanun PBB. 

Kotornya darah puak LGBT ini hinggakan mereka tidak dibenarkan menderma darah pun. Kenapa SU Agung PBB tidak memperjuangkan hak asasi puak gay dan biseksual ini untuk menderma darah? Bolehlah darah yang mereka dermakan digunakan untuk tranfusi ke dalam badan pengurusan PBB. 

Dan yang anehnya dalam baginda Sultan Brunei dihimpit dan diasak kiri, kanan, depan, belakang, tiada negara umat Islam menyuarakan sokongan. Masing-masing menyorokkan kepala seperti kura-kura.

Peliknya tiada kenyataan balas daripada negara-negara Islam umpamanya untuk boikot filem-filem si kafir Clooney dan rakan-rakan sealirannya. Rasanya kalau tak tengok filem mereka pun kita tak akan mati.

Brunei Darussalam, negara kerdil di mata manusia namun gagah perkasa di mata Islam. Barokahlah dan megahlah berdiri dikelilingi persaudaraan Islam yang sudah mati.

Sumber: Signboard Alamzon, Abdul Muati Ahmad


from The Reporter http://bit.ly/2ZE57dt
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2W6oh9r
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...