loading...

Friday 19 April 2019

'Semua dia buat sendiri' - Ibu kongsi kisah anaknya autisme buat netizen rasa kagum


Siapa sangka, koleksi kereta Hot Wheels ini dikumpul oleh seorang anak istimewa yang menghidap autisme sejak berusia tujuh tahun. 

Menurut ibunya, Norlaila, semua kereta mainan itu dibeli menggunakan duit belanjanya sendiri dan kesemua rak itu dibina oleh Danial sendiri tanpa bantuan orang lain. 

Netizen kagum melihat koleksi Danial dan tidak kurang juga memuji usahanya melakukan itu semua bersendirian. 

ANAK autism saya berusia 20 tahun. Dia pengumpul tegar kereta Hot Wheels. Sanggup tak belanja masa sekolah dulu semata-mata nak beli kereta. 

Kereta-kereta itu semua dia kumpul sejak dari umur tujuh tahun. Masa kecil, dia hyper sangat. Dia bergantung pada ubat kalau nak pergi ke sekolah. 

Rak-rak itu semua dia buat sendiri. Siap letak plastik jernih macam cermin. 




Saya tanya dia beli di mana? Dia kata beli di Popular. Tak minta tolong dari sesiapa pun, semuanya dia buat sendiri. 

Dia tak ada kawan langsung, hidup dengan dunia dia sendiri. Orang pun tak sudi berkawan dengan dia kan.

Bangga sangat. Jangan down bila kita ada anak istimewa. Kita tidak tahu kebolehan dia apa. Boleh tengok di Instagram Yoshine75 aktiviti dia. Sepatah pun tak ada tulis bahasa Melayu walaupun sepatah pun tak pernah dengar dia speaking. 




#Danial #Autism #hotwheels



from The Reporter http://bit.ly/2Xrd6bB
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2W247O5
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...