loading...

Monday 8 April 2019

Trauma dipukul, Pak Ya nak saman pelawak


Susulan kejadian pengawal keselamatan berusia 70 tahun ditumbuk dan diterajang seorang pelawak popular era 90-an, mangsa berkemungkinan akan mengambil tindakan saman terhadapnya.

Yahya Manap atau Pak Ya berkata, tindakan pelawak itu bukan saja menyebabkan dia cedera, malah dia turut mengalami trauma. 

Menurut Pak Ya, dia diberi cuti sakit selama tiga hari oleh pihak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban berikutan kecederaan yang dialaminya itu. 

"Sehingga hari ini, badan saya masih berasa sakit dan pening kepala kerana sukar tidur. Pemikiran saya kusut dan tidak dapat berfikir dengan baik.

"Saya hanya berehat dan makan ubat. Mujur ada isteri dan anak yang menjaga saya di rumah," katanya memetik laporan dari Harian Metro

Bagi Pak Ya, dia tidak menerima sebarang panggilan telefon dari pihak terbabit sehingga kini dan dalam masa sama dia belum bersedia bertemu dengan pihak berkenaan sekiranya pelawak itu mahu datang meminta maaf kepadanya. 

"Perbuatan dia saya boleh maafkan, tapi kesan perbuatannya itu masih terasa sehingga hari ini. Saya mungkin akan ambil tindakan saman tapi bergantung kepada keputusan keluarga," katanya. 

LAPORAN BERKAITAN:


from The Reporter http://bit.ly/2VDr7SY
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2YWF8NP
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...