loading...

Monday 8 April 2019

'Saya tak sekolah bang, tak ada sijil lahir'


Ibubapanya sudah tiada, terkorban dalam kebakaran 2009. Hidupnya hanya mengharapkan ehsan/simpati dari orang awam dan menumpang berteduh di masjid/surau setiap malam. Besar harapan pengadu, agar remaja ini dapat dibantu, diberikan hak untuk mendapat ilmu dan tempat tinggal. Semoga ada yang baik hati tampil membantunya.

DALAM perjalanan aku menuju masuk ke pintu surau di PWTC untuk menunaikan solat maghrib, Allah pertemukan aku dengan seorang budak ini. 

Selesai solat maghrib, aku menghampiri dia. Terdetik hati aku nak tahu tentang budak ini. Sempat juga aku bersembang 3-5 minit dengan dia. 

"Awak dari mana?" soalan pertama aku tanya dia.

"Dari rumah kawan, bang," dia jawab. 

"Awak dah makan belum?" aku tanya lagi. 

"Belum lagi bang."

Hati aku masa itu Allah saja yang tahu. Dia cerita yang ayah dengan mak dia dah tiada, meninggal ketika kebakaran rumah pada tahun 2009. 

"Kakak dengan abang awak dekat mana? Awak tak ada abang dan kakak ke?" aku tanya lagi. 

Dia cakap tak ada, dia tak tahu dan katanya hanya dia seorang sahaja. 

"Surau ini 24 jam ye bang?" soalnya. 

Aku cuma angguk saja sebab aku sendiri tak pasti. Mungkin dia nak tidur di sini pada malam ini. Ya Allah. 

"Awak selalu solat lima waktu tak?" aku tanya dia. 

"Tak bang, saya solat empat waktu saja."

"Aik? Lagi satu waktu?" 

"Lagi satu waktu saya tidur bang, sebab waktu subuh kadang-kadang saya terlajak tidur," katanya membuatkan kami ketawa. 

Dia cerita lagi, dia baru keluar dari rumah kawan. Tak tahu sebab apa. Yang dia cerita, dia kenal dengan kawan itu daripada masjid. Aku rasa dia selalu jadikan masjid atau surau sebagai tempat tidur dia di waktu malam. 

"Awak tak sekolah?" 

"Tak ada sijil lahir." 

Aku tak tahu nak bantu dia macam mana. Kalau korang terjumpa budak ini di area Kuala Lumpur, hulurkanlah sedikit duit makan untuk dia. 

"Awak selalu makan macam mana?" aku tanya. 

Dia cerita, adakalanya orang bagi dia duit, adakalanya orang belanja dia makan. Ya Allah, kau jagalah anak ini Ya Allah. Walaupun dah tiada sesiapa, tetapi dia masih datang solat di masjid atau surau. Dia cerita mak dan ayah dia India muslim. 

Budak ini tak dapat peluang untuk belajar seperti budak lain yang sebaya dengannya. Dia cerita yang sijil lahir dia terbakar semasa rumah dia terbakar dan parents dia pun sama meninggal dalam kebakaran itu.

Lokasi terakhir aku jumpa dia di surau Seri Pacific Hotel bersebelahan dengan PWTC. 

Aku harap sangat Menteri Pendidikan dapat membantu dia. Tolong viralkan kisah budak ini. Aku tak tahu nak tolong macam mana dah. 

Sumber: @fazzilekmal


from The Reporter http://bit.ly/2I52LOY
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2KkHzGS
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...