loading...

Sunday, 16 December 2018

'Tugu ke manusia? Cuba teka' - Terkilan dihina rakan setugas di group WhatsApp hanya kerana berbadan besar


"Saya tak akan hormat pada orang yang memalukan saya seperti ini! Ini adalah buli secara mental dan fizikal!" demikian kata mangsa buli, Myera Nyera di Facebooknya, yang dibuli di tempat kerjanya di sebuah restoran makanan segera. 

Menurut Myera, dia terkilan apabila lelaki itu tergamak merakam gambarnya lalu dimuat naik ke group WhatsApp mereka dengan ayat-ayat yang jelas sekali mempersendakan saiz badannya, sedangkan Myera tidak pernah menyakiti hati lelaki terbabit. 

"Tak pernah saya dimalukan sampai begini. Kerja tak siap, dia sibuk ambil gambar orang sana sini. Di tak rasa apa yang dia buat itu salah dan hanya dia saja yang buat saya macam tu. Nasib baik rakan-rakan yang lain tidak memberikan respon terhadap perbuatannya. Sumpah saya sedih sangat-sangat. 

"Incharge lama pun tak ada buat macam ni. Ini kali pertama saya melalui hal begini. Selama ini saya diam saja, tak kuat nak lawan seorang diri. Bila buat aduan terhadap orang atasan, suara saya menjadi kerdil, tidak didengari (diabaikan). 

"Dia nak orang hormat dia. Tapi tengoklah cara dia. Saya buat kerja saya saja, tak kacau orang pun. Tetapi kenapa dah melampau sangat? Entah apa salah saya. Dia sakit mata tengok orang badan besar kerja lebih bagus dari dia agaknya," katanya dalam post tersebut apabila rakan-rakannya bertanya mengenai kejadian tersebut.






Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan biadab dan kurang ajar lelaki terbabit yang sengaja mengaibkan mangsa, selain menggesa pihak pengurusan syarikat restoran berkenaan mengambil tindakan tegas terhadapnya yang jelas sekali menghina rakan setugas.

Ada netizen juga memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan syarikat restoran terbabit dan mereka sedang menjalankan siasatan dan tidak akan berkompromi dengan kakitangannya yang didapati melanggar etika pekerjaan di tempat kerja. 


Bagaimanapun, post tersebut telah pun dibuang dan difahamkan Myera telah bertemu dengan pihak atasan serta memaklumkan kes itu telah diselesaikan dengan cara baik. Malah, individu terbabit juga telah membuat permohonan maaf terhadapnya.

Menurut sumber, ekoran kejadian itu juga, kedua-dua mereka digantung kerja. Keadaan ini menyebabkan Myera terpaksa mencari kerja yang lain. Walaupun begitu, Myera tetap berterima kasih kepada netizen yang banyak memberikan sokongan kepadanya sejak kes itu viral di media sosial. 


Perbuatan membuli boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada keselamatan dan kesihatan para pekerja. Perbuatan membuli juga adalah satu kesalahan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Dalam Pekerjaan 1984 (Akta) dan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Dalam Pekerjaan 1996. 


from The Reporter https://ift.tt/2ULNkOS
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2A1C8oF
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...