loading...

Friday, 28 December 2018

Wanita kerat alat kelamin lelaki yang suka mengintainya sebelum dihantar ke hospital untuk selamatkan nyawanya


Seorang wanita berusia 47 tahun di barat India mengerat alat kelamin lelaki yang yang kerap mengintainya sebelum mengejarkan mangsa ke hospital untuk menyelamatkan nyawanya. 

Dalam kejadian Selasa lalu di Mumbai, suspek membawa dua orang lelaki bagi membantu menyempurnakan rancangannya untuk memotong kemaluan mangsa yang berusia 30 tahun, juga merupakan jirannya. 

Mangsa Tushar Pujare, didakwa selalu meminta suspek melakukan hubungan kelamin dengannya meskipun tahu suspek sudah berkahwin. Malah mangsa dengan beraninya memaklumkan kepada suami suspek yang dia bercinta dengan wanita itu. 

"Pujare jatuh cinta dengan suspek yang telah mendirikan rumah tangga dan meminta melakukan hubungan seks," kata sumber polis kepada The Times of India. 

"Dia berdegil mengintai suspek walaupun suspek menolak beberapa kali." 

Pengakuan berani mati Pujare itu menyebabkan pasangan suami isteri yang mempunyai dua cahaya mata itu bergaduh. 

Berang dengan keadaan itu, suspek meminta bantuan dari dua rakan lelaki yang juga tinggal di kawasan kejiranan itu untuk merancang melakukan jenayah tersebut. 

Suspek kemudian mengumpan Pujare datang ke zon industri di kawasan pinggir bandar di Dombivli di mana mereka bertiga mengambil peluang itu untuk mengerat alat kelamin mangsa. 

Bagaimanapun, suspek kemudian bergegas menghantar mangsa ke hospital untuk menyelamatkan nyawanya. 


"Kami telah menahan suspek dan dua lagi rakannya. Suspek mengaku merancang melakukan jenayah itu kerana tidak tahan dengan gangguan dari mangsa," kata Inspektor Gajanan Kabdule. 

Pujare kini berada dalam keadaan stabil selepas dibedah. 


"Kami telah merampas senjata dan alat kelamin mangsa. Ketiga-tiga suspek kini direman untuk siasatan. 


"Mangsa dalam keadaan stabil dan sedang pulih, tetapi keluarganya terkejut dengan kejadian yang menimpa mangsa," katanya. 

Sumber: Next Shark


from The Reporter http://bit.ly/2Sqac4R
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Q4zuUh
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...