loading...

Monday 17 December 2018

Viral video lelaki Indonesia kahwin dengan gadis cantik dari Rusia


Viral di media sosial video pernikahan seorang lelaki dengan pasangannya yang cantik mencetuskan pelbagai reaksi netizen di Indonesia.

Video itu dimuat naik di Facebook oleh individu bernama Andre, sejak semalam, menunjukkan pasangan itu duduk di hadapan ketua kampung untuk mengakad nikahkan mereka berdua. 

Difahamkan, wanita berambut perang yang memakai selendang berwarna merah jambu itu dikenali sebagai Margaret, berasal dari rusia. 

Manakala lelaki yang memakai kemeja putih, duduk di samping buah hatinya itu pula adalah Nur Khamid atau Darsono. 

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung dengan lancar dan penuh dengan kebahagian. 





Meskipun tidak dinyatakan lokasi majlis pernikahan Darsono dan Margaret, netizen mendoakan pasangan itu kekal bahagia. 

Sumber: Tribun News


from The Reporter https://ift.tt/2PJupQR
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2EsRpSr
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...