loading...

Monday, 17 December 2018

'Sekali tengok anak tikus! Tekak aku terus kembang dan muntah'


Terbantut selera seorang lelaki apabila terjumpa bangkai anak tikus dalam lauk yang dibelinya dari sebuah warung yang tidak didedahkan lokasi. 

Azmi Ali Mex, berkata, sudah menjadi kebiasaan dia membeli lauk dari warung tersebut namun kali ini tidak menyangka akan menemui bendasing yang tidak sepatutnya berada dalam makanan. 

Ramai yang meragui dakwaannya itu sehingga dia terpaksa membuktikan dengan merakam gambar bangkai anak tikus itu di tempatnya bagi membuktikan dia menggunakan gambar yang sebenar, bukannya gambar dari Google. 

SPOIL! Takde kerjanya aku nak menipu atau fitnah. Kedainya tak boleh beritahu. Besok aku pergi settle baik-baik. 

Tengah hari tadi aku belilah lauk kat satu warung tu. Biasa memang aku beli situ. Aku beli ayam merah dua ketul. ayam kicap dua ketul. Beria-ria aku balik kerja petang tadi ni nak makan. 

Dah makan sikitlah ayam kicap ni, baru dua suap. Aku makan cubit-cubit je ayamnya. Bila aku ambil ayamnya masuk dalam pinggan, aku ingat ada pedal warung tu masukkan sekali. jadinya last nanti bolehlah aku layan liat-liat pedal tu. 

Aku teruslah layan dua ke tiga suap lagi sambil mata kau tengok kat piring lauk tu. Pastu aku nak tambah kuah, aku cuit la pakai sudu. Sekali aku tengok.. .anak tikus laaa.... 



Aku pun apa lagi, uwek-uwek la. Tekak aku terus kembang. Uwek-uwek terus. Wife aku terus turun tanya kenapa. Aku tak nak beritahu dan cakap tak ada apa-apa. Dia tanya ada telur lalat ke? Aku cakap ye je. Hahaha! Besok pagi aku nak pulang balik anak tikus itu. Uwek!! 

Selepas muntah, terus ambil plastik. Masukkan anak tikus itu dulu, bagi menguatkan bukti beli lauk ayam. Ayam yang kat atas pinggan itu masukkan juga dalam plastik sebab itu ada nasik yang putih-putih panjang tu. Beras basmati memang panjang. 

Kemudian dok fikir, baik kasi wat FB macam biasa citer-citer. Buka balik plastik ambil gambar. Up dua gambar. Pastu ada pula mulut longkang cakap aku nak fitnah. Aku keluarkan masuk pinggan polistrin, ambil gambar lagi. 





Untuk kuatkan aku ambil cerita atau pakai gambar orang lain. Aku letak gambar flyers baja sawit aku yang ada muka aku kat situ. Aku edit masuk lagi gambar-gambar kukuh. Aku tak aniaya orang. 

Selepas mempertimbangkan pendapat rakan-rakan, pagi ini kami sekeluarga telah membuat aduan di tempat yang berwajib. Aduan telah diterima dan pemantauan akan dibuat. 

Aku mohon maaf kepada tuan warung kerana tak dapat beli sarapan atau memberitahu dulu pada tuang warung tentang kes tikus ini. Aku selalu berbual-bual mesra dengan ahli keluarga warung ini. 

Aduan telah dibuat, lokasi warung ini hanya kakitangan KKM sahaja yang tahu. Aku tak boleh beritahu pada semua orang. InsyaAllah benda boleh settle dengan cara yang betul. 


Kami sekeluarga pun tak nak pihak KKM denda atau saman warung tersebut. Cukuplah sekadar diberi cuti untuk kerja-kerja pembersihan. Aku tahu, takkanlah tukang masak sengaja masak campur dengan tikus tu. Memang tak mungkinlah kan? Kan boleh merosakkan bisnes sendiri. Macam mana anak tikus itu boleh masuk, aku pun tak tahu. Kalau tanya tuan warung pun dia mesti tak tahu nak jawab. 

Aku minta maaf banyak-banyak. Aku kena dengar pendapat yang paling baik. Buat aduan dan diambil tindakan supaya perkara seperti ini dapat dikawal bagi mengelakkan berlakunya wabak-wabak yang lain pula. Khususnya penduduk dan pembeli kawasan tersebut. 

Aku harap rakan-rakan tidak mengecam atau mencemuh warung tersebut. Doakan kami sekeluarga selamat dan tiada apa kesan negatif dari termakan ayam dan kuah lauk itu. 

Sumber: Azmi Ali Mex


from The Reporter https://ift.tt/2LnDYVd
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2S4laNm
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...