loading...

Sunday 16 December 2018

'Pengguna reCAPTCHA sebagai pengesahan tambahan untuk keselamatan pelanggan' - CIMB


Perkembangan terkini dari pihak CIMB Bank mengenai isu kehilangan wang dan dakwaan sistem mereka digodam, CIMB menegaskan bahawa sistem mereka tetap selamat dan urus niaga pelanggan akan terus dilindungi. 

Mengenai penggunaan reCAPTCHA, CIMB berkata ia sebagai pengesahan tambahan bagi memastikan pengguna bukan bot.

"Kami ingin memaklumkan kepada pelanggan CIMBClicks bahawa kami baru memperkenalkan penggunaan reCaptcha sebagai pengesahan tambahan untuk meningkatkan keselamatan pelanggan dan memastikan pengguna bukan bot. 

"Kami juga telah meningkatkan keselamatan kata laluan kami untuk menerima kata laluan lebih daripada lapan (8) aksara. 

"Untuk memastikan keselamatan perbankan dalam talian, anda sentiasa ingat untuk:
  • Menggunakan kombinasi huruf, nombor dan aksara untuk kata laluan anda
  • Tukar kata laluan anda dengan kerap
  • Tidak menunjukkan kata laluan anda atau nombor TAC anda kepada sesiapa. 

"Sistem CIMBClicks kami tetap selamat dan semua urus niaga pelanggan akan terus dilindungi. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, sila hubungi +603 6204 7788." kata kenyataan itu. 



from The Reporter https://ift.tt/2SRbXrD
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2QxPZxc
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...