Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Berhad, Mohamed Azahari Mohamed Kamil memaklumkan bahawa restoran makanan segeranya, Kentucky Fried Chicken (KFC) telah melakukan sedikit penyelarasan pada harga jualannya dengan memasukkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6 peratus.
Menurut Mohamed Azahari, penyelarasan itu berkuat kuasa mulai Disember 2018.
"Kami ingin menjelaskan bermula Disember 2018, senarai harga kami akan memasukkan SST sebanyak enam peratus.
"Terdapat sedikit penyelarasan terhadap harga-harga produk kami," katanya ketika diminta mengulas mengenai rungutan netizen berhubung kenaikan harga produk KFC yang viral di media sosial.
"Suatu hantaran yang beredar di media sosial membandingkan harga Snack dan Dinner Plate dengan harga kami dari beberapa tahun yang lalu.
"Sebagai tambahan, (menu) Super Jimat Box kami tidak pernah diletakkan pada harga RM12.50 sejak dilancarkan pada 2015," katanya.
Terdahulu di media sosial, netizen terkejut dengan kenaikan harga mendadak tiga menu KFC dan menyifatkan kenaikan itu melampau. Selain itu, ada netizen yang merungut kenaikan harga itu tidak setanding dengan saiz ayam yang semakin mengecil.
Sumber: MalaysiaKini
BERITA BERKAITAN:
from The Reporter http://bit.ly/2AqJhz9
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2EOUb4n
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment