loading...

Monday 17 December 2018

Kes Adib diklasifikasikan sebagai kes bunuh, Menteri gesa PDRM heret penjenayah ke muka pengadilan


Susulan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, yang dipukul perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, November lalu, kes itu kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh. 

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, kes itu sebelum ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan ekoran kecederaan yang dialami oleh mangsa. 

"Kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan ekoran kecederaan yang dialami oleh anggota bomba Muhammad Adib di Seafield, Subang Jaya pada 27 Nov lalu, kini telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerja keras mengheret suspek yang terlibat dalam kejadian itu ke muka pengadilan. 

"Sebagai Menteri yang bertanggungjawab bagi Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar mendoakan Muhammad Adib ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.

"Fabrik sosial negara ini terbina daripada perpaduan dan keamanan yang dikecapi dalam 60 tahun yang lalu dan marilah kita bersama-sama berdoa untuk Muhammad Adib dan keluarga beliau pada masa yang mencabar ini," katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Adib.

"Kami berkongsi kesedihan keluarga beliau dan negara berkabung bersama-sama dengan keluarga Muhammad Adib dalam masa getir ini," katanya lagi.

Sumber: Astro Awani


from The Reporter https://ift.tt/2UVhGhM
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2BB0A0b
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...