loading...

Sunday, 30 December 2018

'Rupanya dia cuba nak pegang aku!' - Gadis trauma naik LRT seorang diri, nyaris diraba lelaki gatal


"Lelaki sebelah ni pegang-pegang aku dalam LRT. Cover dengan bag, pastu tangan dia cam bodoh. Trauma sia. Cepatlah sampai. 

"Lepas ambil gambar, tahu pula terus berdiri dan turun di stesen lain. Dasar tak ada otak," demikian tweet awal mangsa lelaki gatal dalam kejadian Sabtu lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, mangsa berkata dia pada awalnya sudha berasa pelik kerana sebaik sahaja lelaki itu masuk ke dalam tren, dia terus duduk di sebelah mangsa. Sedangkan ada banyak lagi tempat kosong. 

Suspek kemudian mengajak mangsa berborak dan bertanya di mana destinasi perhentian mangsa.

"Sebelum dia duduk, bag pack ini memang aku letak atas riba sebab nak bagi tempat duduk kosong kepada orang lain. Selepas itu, lelaki ini siap suruh letak bag dekat side ini konon macam nak ada halal gap la dengan dia," katanya. 

Namun, suspek sebenarnya mempunyai niat jahat dan menggunakan kesempatan itu untuk mencabul mangsa. 

"Bila letak beg dekat side, senanglah dia nak letak tangan di belakang beg. Tiba-tiba aku rasa baju aku ni ada benda gerak-gerak. Rupanya dia tengah cuba nak tarik baju sebelah atas ni. 

"Sumpah macam bodoh gila. Aku terus tolak bag pack ini kat dia. Bila aku nak ambil gambar muka dia, dia terus berdiri dan tunggu LRT berhenti di stesen seterusnya dan dia terus turun di situ," kata mangsa. 




Mangsa tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku dan meminta golongan wanita yang menggunakan pengangkutan tren berhati-hati. 

"Sumpah trauma dah nak naik LRT seorang diri. Memang silaplah duduk sebelah lelaki itu. Bodoh punya lelaki nak cuba pegang aku. Nasib baik sempat tolak. 

"Selepas ambil gambar, tahu pula kau nak berdiri dan turun di stesen lain. Ya Allah, gugur jantung sekejap," katanya. 

Sementara itu, pihak RapidKL telah mengambil maklum mengenai kejadian itu dan difahamkan telah menghubungi mangsa untuk menyiasat perkara tersebut. 


from The Reporter http://bit.ly/2AqDysO
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2VlnPUI
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...